Piagam Pelanggan

  1. Memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
  2. Memberi layanan yang professional dan mesra.
  3. Memberi jaminan bahawa kehormatan pelanggan akan dipelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  4. Memberi penerangan yang jelas kepada pelanggan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

CATITAN : PELANGGAN YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KHIDMAT YANG DIBERIKAN DIMINTA MENGHUBUNGI PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM, Nombor 06-9564022,  Emel: hpsf_webmaster@moh.gov.my

KEWAJIPAN PELANGGAN:

Untuk membolehkan hospital ini melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah diwajibkan untuk :

  1. Mematuhi segala nasihat, arahan, peraturan dan undang-undang berkaitan
  2. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Tarikh dikemaskini : 19 Februari 2024

Scroll to Top