Jabatan Psikiatri
Informasi
Jabatan Psikiatri Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah diwujudkan pada tahun 1996. Sebelum itu ia berfungsi sebagai Unit Psikiatri dengan perkhidmatan pesakit luar sahaja sebelum tahun 1990.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Psikiatri , 4 orang Pakar Psikiatri dan Lima belas orang Pegawai Perubatan. Jawatan sokongan yang lain ialah Ketua Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jurupulih Carakerja, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan dengan jumlah keseluruhan seramai 56 orang. Turut membantu tugas klinikal ialah seorang Pegawai Kaunselor dari Pengurusan dan seorang Pegawai Farmasi.
Perkhidmatan Jabatan ini terdiri dari Klinik Pakar Psikiatri yang terletak di Bangunan Poliklinik bersebelahan Klinik Dermatologi. Manakala perkhidmatan pesakit dalam terletak di Bangunan Lama Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Unit Komuniti Psikiatri pula berada di bangunan pejabat penyelia lama Hospital di Jalan Salleh. Mentari Muar berada di Asrama Doktor Pelatih di Jalan Salleh.
Projek menaik taraf bangunan wad lelaki telah dilaksanakan dan siap sepenuhnya dalam bulan Jun 2018. Projek ini telah memberikan keselesaan kepada pesakit untuk aktiviti riadah, bilik pantri dan ruang makan yang luas serta Dom B yang terbuka. Dewan Maharani telah diwujudkan untuk aktiviti Jabatan seperti tempat mengadakan mesyuarat, sambutan hari perayaan dan lain-lain majlis keraian.
Projek naiktaraf Mentari Muar di Asrama Doktor Pelatih disiapkan pada 1 Nov 2022. Mentari Muar diwujudkan bagi mengurangkan stigma kesihatan mental melalui aktiviti promosi, saringan dan rawatan awal dan sokongan pekerjaan. Unit Komuniti Psikiatri diserapkan di bawah Mentari Muar.
Enam unit utama Jabatan ini
- Klinik Pakar Psikiatri
- Wad ( Wad I: Lelaki & Wad 1: Perempuan)
- Terapi Cara Kerja Psikiatri
- Mentari Muar
- Kaunseling
- Mental Health Psychosocial support Service
Kemudahan yang disediakan oleh Jabatan
1. Ruang menunggu pesakit di klinik
2. Sudut membaca untuk pesakit
Untuk Jadual terkini klinik, klik di sini
Anggota yang berkhidmat
Pengurusan & Profesional
Pakar Perunding Psikiatri Jusa C = 1 orang
Pakar Psikiatri UD56 = 1 orang
Pakar Psikiatri UD54/52/48 = 3 orang
Pegawai Perubatan UD52/54 = 2 orang
Pegawai Perubatan UD44/48 = 13 orang
Pegawai Psikologi S41 = 1 orang
Ketua Jabatan : Dr Saniah Binti Abdul Rahim
Ketua Jururawat : KJ Rafiza Binti Abd Aziz
Penyelia : En Noor Hisam Bin Jumaat
Misi
Jabatan Psikiatri berperanan selari dengan misi Hospital Pakar Sultanah Fatimah dalam memastikan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri adalah lengkap serta berkualiti melalui pendidikan kesihatan mental, pencegahan penyakit, rawatan yang berkesan dan pemulihan pesakit melalui integrasi dalam komuniti dan Klinik Kesihatan.
Visi
Memberi penjagaan dan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan peningkatan kualiti yang menyeluruh agar pesakit dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan diterima masyarakat
Objektif
- Memberi perawatan perubatan psikiatri secara optima kepada semua pesakit yang memerlukan
- Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat bagi anggota dan pelanggan-pelanggan.
- Memberikan latihan dan pendidikan psikiatri dan kesihatan mental kepada kakitangan, pesakit dan masyarakat
- Menggalakkan penglibatan kakitangan dalam penyelidikan-penyelidikan dan program peningkatan kualiti.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :
1. Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor
a. Sasaran : 90 % pesakit dirawat dalam masa 90 minit
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan
3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan.
Perkhidmatan
Klinik Pakar / Rawatan Pesakit Luar : Klinik Pakar Psikiatri beroperasi 3 kali seminggu mulai hari Isnin hingga Rabu. Pesakit yang dirujuk/ yang hadir pada hari klinik diberi layanan serta rawatan yang efektif dan komprehensif.
Rawatan Pesakit Dalam
Pesakit yang mengalami gangguan mental samada akut atau kronik, yang memerlukan rawatan intensif akan dimasukkan ke wad secara sukarela atau dengan arahan doktor. Tatacara kemasukan tertakluk kepada Akta Kesihatan Mental 2001 melalui borang yang boleh di muat turun: http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/print.php?tac=Borang-Borang_Mental_Health
Pesakit akan diulangperiksa sebanyak 2 kali sehari oleh Pegawai Perubatan. Penggunaan ubat ke atas pesakit terbukti efektif di samping rawatan terapi yang lain seperti berikut:
- Aktiviti ADL (activity daily living) dan terapi bekerja dikendalikan oleh anggota wad dan Jurupulih Carakerja.
- Terapi Eletro-Konvulsif (ECT) dijalankan keatas pesakit yang memerlukan terapi tersebut mengikut keperluan.
Rawatan Dalam Komuniti (Mentari Muar) Lawatan berkala ke rumah diadakan oleh Unit Komuniti Psikiatri, dimana anggota akan memberikan perawatan dirumah, sokongan profesional dan memperkasakan keluarga serta masyarakat dalam kaedah penjagaan pesakit di rumah dan komuniti.Rawatan dalam komuniti ini dibuat ke atas pesakit kronik yang keciciran rawatan susulan mungkin kerana tiada kesedaran terhadap penyakit atau kurang sokongan keluarga
Perkhidmatan Terapi Carakerja
- ADL (activitiy of daily living) :mengajar pesakit untuk melakukan aktiviti harian seperti mandi,makan,membersihkan diri dan memasak.
- PSYCHOEDUCATION: melibatkan terapi kumpulan untuk memberi pendedahan mengenai penyakit dan rawatan penyakit psikiatri.
- RIADAH: aktiviti rekreasi di dalam dan luar wad
- JOB PLACEMENT: memberi penempatan pekerjaan kepada pesakit psikiatri yang stabil di bengkel dan pasaran terbuka.
Perkhidmatan di Unit Kaunseling
1. Memberikan perkhidmatan kaunseling dan penjagaan kesihatan mental yang berkesan
Mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.