Page 222 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 222

UNIT PERKHIDMATAN BAHAN STERIL





       PENGENALAN


       Central Sterile Services Unit (CSSU) / Unit Perkhidmatan Bahan Steril adalah unit yang bertanggungjawab dalam
       perkhidmatan penyediaan dan pemprosesan peralatan steril untuk digunakan dalam pembedahan dan tatacara steril.
       Kedudukannya terletak di sebelah Barat Tingkat 1, Bangunan Induk, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).
       Unit ini bersebelahan dengan Dewan Bedah Am dan bertentangan dengan Unit Rawatan Rapi Barat.

       Unit ini dahulunya dikenali sebagai TSSU di dalam Dewan Bedah tetapi pada 13 Januari 2009 unit ini telah berpindah ke
       lokasi baharu yang dikenali dengan nama CSSD (Central Sterile Supply Department) dan memulakan perkhidmatannya
       pada 8 Disember 2008. Pada April 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyelaraskan nama perkhidmatan
       pensterilan di CSSU hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu daripada Central Sterile Supply Unit / Unit
       Bekalan Bahan Steril ke Central Sterile Services Unit / Unit Perkhidmatan Bahan Steril. Keputusan ini diambil selaras
       dengan peranan yang dimainkan oleh unit ini iaitu bukan sahaja membekalkan bahan-bahan steril tetapi terlibat secara
       langsung dalam perkhidmatan pensterilan secara menyeluruh iaitu meliputi pelbagai peringkat perkhidmatan termasuk
       bekalan bahan-bahan steril untuk hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.


       Perkhidmatan  pensterilan  bukan  sahaja  diberikan  kepada  Dewan  Bedah,  wad,  unit  dan  klinik  di  HSAJB,  khidmat
       pensterilan ini juga diberikan kepada klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.  Unit CSSU bersama-sama berganding
       bahu dengan Unit Kawalan Infeksi (UKI) memainkan peranan yang sangat penting setiap masa demi pembasmian
       jangkitan silang di hospital ini dan mengawal kadar Jangkitan Hospital (HAI).



         VISI                                               MISI


         Memegang peranan yang penting dalam                Mempunyai pegawai yang terlatih dan komited
         menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan      dalam memikul tanggungjawab untuk memberikan
         memberi perkhidmatan yang cemerlang serta          perkhidmatan yang unggul.
         memenuhi kehendak pelanggan.




         OBJEKTIF


         1.   Menguruskan pensterilan mengikut standard piawaian dalam penyediaan bekalan bahan steril bagi kegunaan
             wad, klinik, unit dan jabatan dengan cukup mantap.













       218
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227