Page 229 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 229

UNIT PEROLEHAN ORGAN






         PENGENALAN


         Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru diketuai oleh Dr Nor Diyanah binti
         Ahmad dan dibantu oleh Dr Faizal Zuhri Bin Aziz (Pakar Anestesiologi)  selaku Penasihat Klinikal UPOH. Unit ini juga
         terdiri daripada tiga (3) orang Paramedik iaitu:
                1.   Penyelia Jururawat Siti Hajar Lai
                2.  JT Lizawati Abu Bakar
                3.  JT Nik Mohd Azlan Shah Nik Abd Wahab


            VISI                                              MISI


            1.Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri   Menyampaikan hasrat penderma dan keluarga
            daripada individu dan masyarakat yang prihatin serta   dengan cara terbaik dan penuh hormat untuk
            menerima konsep pendermaan organ dan tisu sesuai   memberi kebaikan kepada penerima organ.
            dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat
            penyayang.
            2. Meningkatkan lagi kadar pendermaan organ
            dan tisu supaya setiap warganegara Malaysia yang
            memerlukan pemindahan organ dan tisu akan
            mendapat peluang untuk menerima organ dan
            menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.


            OBJEKTIF


            1.   Menyampai maklumat yang tepat kepada orang awam tentang pendermaan organ dengan memberi ceramah
               kesedaran, berkempen dan mengedarkan poster-poster.
            2.  Meningkatkan jumlah pengikrar pendermaan organ dan tisu.
            3.  Meningkatkan jumlah pendermaan organ dan tisu.
            4.  Menyediakan statistik pengikrar dan pendermaan organ.




         FUNGSI JABATAN


         •   Mengesan  semua  kes  berpotensi  sama  ada  dalam  kalangan  kes  mati  otak  atau  mati  jantung  berhenti  untuk
             pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital.
         •   Memastikan semua kes mati otak dibuat ujian pengesanan mati otak.
         •   Memberi  kaunseling  kepada  semua  waris  pesakit  yang  meninggal  dunia  yang  dinilai  sesuai  bagi  pendermaan
             organ dan tisu.
         •   Merujuk semua kes potensi pendermaan kepada Pusat Transplan Negara bagi proses perolehan organ dan tisu.
         •   Menyelaras proses perolehan organ dan tisu bersama Pusat Transplan Negara.
         •   Menjalankan audit kematian di peringkat hospital.
         •   Mengadakan latihan dan promosi tentang pendermaan organ kepada anggota kesihatan dan masyarakat.
                                                                                                           225
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234