Page 274 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 274
JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
PENGENALAN
Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental adalah satu komponen penting yang bertanggungjawab dalam memberikan
perkhidmatan rawatan perubatan penyakit mental kepada pesakit.
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1993. Pada awalnya jabatan ini berkongsi klinik dengan Jabatan Neurosurgeri.
Kemudian jabatan ini telah berupaya mempertingkatkan kepelbagaian dalam perkhidmatannya dan mempunyai klinik
sendiri di Bangunan Poliklinik. Pada tahun 2013 jabatan dan klinik pakar psikiatri dan kesihatan mental telah berpindah
ke Bangunan Lili dan telah beroperasi sehingga kini.
Jabatan ini telah mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan dan pada tahun 2007, jabatan ini telah pun mempunyai
wad psikiatri di wad Perubatan Perempuan 3 (PP3). Wad psikiatri ini telah digazetkan sebagai Hospital Kerajaan Psikiatri
pada 3 Mac 2011 mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010.Pada tahun
2016, wad psikiatri telah berpindah ke Bangunan Raflesia. Kapasiti semasa wad psikiatri ialah 20 katil.
Jabatan ini telah menjadi pusat latihan kepakaran psikiatri program ijazah lanjutan psikiatri dan parallel pathway. Jabatan
ini juga menjadi pusat latihan untuk Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja dan Neuropsikiatri.
VISI MISI
Sebagai pusat perkhidmatan psikiatri yang unggul Sebagai pusat perkhidmatan psikiatri yang unggul
dan berprestij yang menyediakan perkhidmatan dan berprestij yang menyediakan perkhidmatan
rawatan, rujukan dan latihan yang berkualiti. rawatan, rujukan dan latihan yang berkualiti.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalankan aktiviti pencegahan,
perawatan, pemulihan dan promosi kesihatan mental.
FUNGSI JABATAN
• Memberikan perkhidmatan rawatan pesakit luar, pesakit dalam dan komuniti psikiatri yang berkesan dan berkualiti.
• Memberi latihan/kursus jangka pendek kepada anggota HSAJB khususnya dan Johor amnya dalam bidang psikiatri,
kesihatan mental, dan Psychosocial Therapy.
• Menjadi pusat rujukan untuk rawatan psikiatri dengan kepakaran dalam bidang Community Psychiatry, Liaison
Psychiatry, Child and Adolescent Psychiatry dan Neuropsychiatry.
• Sebagai tempat latihan kepada pelatih-pelatih perubatan dan pelatih-pelatih pos-basik perawatan psikiatri.
• Menyediakan kemudahan untuk rawatan psikoterapi, melalui pusat harian dan wad.
• Menyediakan kemudahan dan bahan rujukan untuk tujuan kajian dan penyelidikan.
• Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
270

