Page 31 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 31
PROGRAM HOSPITAL RANGKAIAN
HOSPITAL KULAI HOSPITAL PONTIAN
TAHUN 2020 2021 2022 2020 2021 2022
Kes Baharu 82 58 117 129 112 97
Kes Ulangan 158 132 173 191 208 216
Jumlah 240 190 290 320 320 313
JENIS PEMBEDAHAN DI HOSPITAL 2020 2021 2022
KULAI
ELEKTIF 329 349 389
EMERGENCY - - -
JUMLAH 329 349 389
Lawatan pakar di Hospital Daerah seperti Hospital Kulai dan Hospital Pontian diteruskan bagi mengembangkan
perkhidmatan serta menambah keperluan prosedur pembedahan elektif dan minor emergency dan major surgery.
Keseluruhannya setiap tahun jumlah pembedahan elektif di Hospital Kulai semakin meningkat iaitu seramai 389
berbanding dengan 349 pada tahun sebelumnya.
AKTIVITI LATIHAN DAN KORPORAT
Dalam memberikan pengetahuan berterusan serta kemahiran klinikal dan menerapkan Budaya Korporat dalam
kalangan kakitangan Jabatan Pembedahan diadakan CME Online.
AKTIVITI KUALITI DAN INOVASI
Kursus-kursus yang dijalankan sepanjang tahun mensasarkan semua kakitangan Jabatan Pembedahan termasuk
profesional dan sokongan adalah termasuk kursus generik skill dan soft skill. Antara program aktiviti kualiti jabatan
adalah seperti pembangunan aplikasi janji temu dalam talian secara QR Code scanner bermula Jun 2020 sehingga
sekarang masih digunakan memberikan manfaat kepada semua pesakit serta warga kerja wad bagi memudahkan
mendapatkan janji temu tidak perlu hadir ke fasiliti hanya dengan melakukan imbasan QR Code sahaja serta pemberian
janji temu melalui dua kaedah iaitu secara e-mel dan SMS.
Antara aktiviti kualiti Jabatan memberikan impak dan implikasi menyeluruh khususnya kepada disiplin pembedahan dan
related di mana pembangunan Pengkalan Data Pesakit pembedahan di kenali Surgical Registry bagi menggantikan
CODTS telah digunapakai secara menyeluruh oleh Jabatan Pembedahan Am dan dikembangkan ke Jabatan Ortopedik,
Jabatan Plastik, Jabatan Pediatrik Surgical, Hospital Kulai dan Jabatan Neurosurgical.
Sebagai langkah penambahbaikan serta konsisten dalam memastikan rekod pembedahan atau operation notes di
rekod dan di dokumen dengan lebih baik dan sistematik Jabatan telah membangunkan sendiri pengkalan data dikenali
Surgical Registry. Jabatan dalam usaha menambah baik pengkalan data tersebut bagi membolehkan discaj summary
pesakit di Wad Pembedahan direkodkan ke dalam pengkalan data dan cetak jika perlu bagi memastikan rekod pesakit
dapat disimpan dan mudah dicari apabila diperlukan.
27

