Page 390 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 390
e
SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT
HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bertempat di Johor Bahru Blood Donation Suite, The Mall Mid Valley
Southkey dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Dr. Hj.
Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tema Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun 2022 adalah “Derma Darah Kukuhkan Perpaduan”. Seramai 25 orang
penerima anugerah yang terdiri daripada penderma darah, penganjur kempen derma darah dan juga para petugas
diraikan dalam majlis ini. Penganjuran Hari Penderma Darah Sedunia bertujuan untuk menghargai dan meraikan
penderma darah yang banyak membantu serta sentiasa responsif dalam memastikan bekalan darah sentiasa di paras
selamat untuk pesakit yang memerlukan. Penganjur kempen derma darah juga diraikan atas sumbangan yang diberikan
dalam menganjurkan kempen derma darah secara konsisten dan komited. Penghargaan turut diberikan kepada petugas-
petugas kesihatan yang memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan
selamat untuk pesakit.
Senarai Nama Penerima Anugerah Hari Penderma Darah Sedunia 2022
Anugerah Platinum (Pendermaan melebihi 100 kali)
1. Encik Kumar A/L Angamuthu
2. Encik Rahmat bin Basiron
Anugerah Emas (Pendermaan melebihi 70 kali [lelaki] dan 50 kali [perempuan])
1. Encik Mohd Salleh bin Mohamad
2. Puan Noorwani binti Musa
Anugerah Perak (Pendermaan melebihi 50 kali [lelaki] dan 30 kali [perempuan])
1. Puan Yeo Mui Lang
2. Encik Idham bin Mian
386

