Page 424 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 424

UNIT FISIOTERAPI





       PENGENALAN


       Unit Fisioterapi telah diwujudkan pada tahun 1957 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Unit ini telah berpindah
       ke  Bangunan  Poliklinik  sejak  1991.    Ia  merupakan  perkhidmatan  sokongan  klinikal  yang  memberi  perkhidmatan
       rehabilitasi  yang  komprehensif,  kompeten  dan  cost-effective  kepada  pelanggan  supaya  mencapai  pemulihan  yang
       optima, di samping itu juga memberi perkhidmatan preventif dan promotif kepada masyarakat supaya mengamalkan
       gaya hidup yang sihat.  Berlandaskan slogan kami iaitu Hidup Berkualiti, Matlamat Fisioterapi telah mendorong kami
       dalam pemberian perkhidmatan kami samada kepada pelanggan dalaman mahupun luaran, samada pesakit mahupun
       komuniti ke tahap yang berdikari.


         VISI                                               MISI


         Jabatan fisioterapi komited dalam memberi          •   Menyediakan satu sistem perkhidmatan
         perkhidmatan yang berkualiti dan mudah diperolehi     fisioterapi yang komprehensif, penyayang dan
         oleh setiap lapisan masyarakat berteraskan kemajuan   profesional serta mudah diperoleh dan diterima
         ilmu pengetahuan kemahiran dan penggunaan             oleh semua lapisan masyarakat.
         kaedah rawatan berteknologi tinggi yang menepati   •   Mengukuhkan amalan ‘evidence-based’ serta
         keperluan pesakit dan dapat menyumbang ke arah        menerapkan budaya penjagaan diri ke arah
         peningkatan kualiti hayat.                            mencapai kualiti hayat.
                                                            •   Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam
                                                               penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
                                                            •   Mewujudkan golongan profesional fisioterapi
                                                               yang lengkap dengan pengetahuan terkini,
                                                               berkemahiran tinggi dan berpengkhususan.
         OBJEKTIF


         1.   Menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, holistik, cekap serta berkesan mengikut peraturan
             dan piawaian amalan fisioterapi.
         2.  Menyediakan program perawatan fisioterapi dan rehabilitasi berasaskan “Evidence Based Practice”.
         3.  Memberi  peluang  kepada  staf  mengikuti  pembelajaran  berterusan  bagi  meningkatkan  pengetahuan  dan
             kemahiran dalam perawatan fisioterapi dan berkaitan dengannya.
         4.  Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan ahli fisioterapi selaras dengan budaya kerja cemerlang.
         5.  Menyediakan peluang latihan klinikal yang menitikberatkan aspek kemahiran dalam pelbagai bidang perawatan
             fisioterapi.

















       420
   419   420   421   422   423   424   425   426   427   428   429