Page 44 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 44
JABATAN ORTOPEDIK
PENGENALAN
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merupakan disiplin utama yang
memberikan perkhidmatan Ortopedik di HSAJB. Rawatan diberi kepada pesakit-pesakit tanpa mengira umur, jantina,
bangsa atau kerakyatan. Oleh yang demikian, jabatan senantiasa menghadapi cabaran peningkatan bilangan pesakit
dari semasa ke semasa, mengikut peningkatan dan penambahan penduduk Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.
Perkhidmatan jabatan juga meliputi rawatan ringan dan ringkas hingga kepada pembedahan yang kompleks
terutamanya dalam bidang artroplasti, hand and micro surgery dan pembedahan spina. Jabatan komited memastikan
rawatan yang dibekalkan adalah berdasarkan amalan terkini. Perkhidmatan dan perawatan kepakaran ortopedik bukan
sahaja terhad kepada pesakit yang datang ke HSAJB sahaja malah ia telah berkembang sehingga ke daerah-daerah
lain iaitu Hospital Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan Hospital Pontian. Ini jelas menunjukkan bahawa
keupayaan kepakaran jabatan ini memainkan peranan yang penting di selatan Johor.
Bilangan pembedahan yang dijalankan oleh jabatan ini semakin meningkat setiap tahun dan jenis-jenis pembedahan
ortopedik juga telah berubah ke kes-kes yang lebih mencabar seperti kes trauma, pembedahan tulang belakang,
penggantian sendi dan sebagainya. Jabatan ini telah menggunakan dewan bedah Hospital Temenggung Sri Maharaja
Tun Ibrahim Kulai untuk menampung peningkatan kes-kes elektif setiap tahun. Ini membuktikan kematangan jabatan
ini dalam menawarkan pelbagai pilihan rawatan yang jitu dan bersesuaian dengan keperluan penyakit pesakit.
VISI PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Ortopedik berazam untuk memberikan 1. Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan
perawatan ortopedik yang terbaik di Negeri Johor penyayang serta berkualiti.
dan memenuhi kehendak setiap pelanggan yang 2. Setiasa mengutamakan pelanggan
mempunyai masalah yang berikaitan dengan 3. Kami berusaha ke arah :
Ortopedik. • Masa menunggu untuk pendaftaran baharu /
ulangan < 15 minit.
• Masa menunggu untuk berjumpa Pegawai
MISI Perubatan < 30 minit.
• Masa menunggu untuk berjumpa Pakar
Ortopedik < 2 jam.
Kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dalam meningkatkan taraf kesihatan
melalui promosi kesihatan dan amalan gaya hidup
sihat serta memberikan penjagaan kesihatan yang
berkuali dan sesuai dengan konsep masyarakat
penyayang dan mesra pelanggan selaras dengan
kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.
40

