Page 511 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 511

UNIT CASEMIX





         PENGENALAN


         Sistem Casemix, MalaysianDRG dibangunkan oleh Unit Casemix, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan
         untuk  mempertingkatkan  lagi  perkhidmatan  penjagaan  kesihatan  yang  diberikan  kepada  pesakit  yang  menerima
         rawatan di hospital ini. Ia menyediakan kaedah pengkelasan pesakit menurut kos rawatan yang terlibat. Sistem ini
         juga  menyediakan  mekanisma  untuk  perbandingan  dan  penanda  aras  kualiti/prestasi  penyampaian  perkhidmatan
         kesihatan. Maklumat anggaran kos merawat pesakit yang dijana daripada sistem ini akan membantu pihak pembuat
         dasar  memberi  peruntukan  kepada  hospital.  Selain  itu,  sistem  ini  membantu  pihak  pengurusan  hospital  membuat
         perancangan dan pemantauan dari segi keberkesanan perkhidmatan yang diberi. Bagi komponen klinikal, ketepatan
         dokumentasi bagi diagnosis utama, diagnosis lain, prosedur utama, prosedur lain-lain oleh pegawai perubatan yang
         merawat pesakit adalah amat penting dan memberi kesan kepada ketepatan koding yang dilakukan oleh para koder di
         Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

            VISI                                              MISI


                                                              •   Untuk menyediakan penyelesaian yang cekap,
            Untuk menjadi sebuah unit yang cemerlang dalam        berkesan dan lestari dalam pelaksanaan Sistem
            pelaksanaan Sistem Casemix di Hospital Sultanah       Casemix.
            Aminah Johor Bahru
                                                              •   Membina klasifikasi episod penjagaan pesakit.
                                                                  Sistem casemix telah berkembang dari sistem
                                                                  klasifikasi semata-mata untuk pesakit hospital
                                                                  menjadi alat untuk analisa dan tanda aras di
                                                                  antara hospital.




            OBJEKTIF


            Untuk  memberi  perkhidmatan  yang  khusus  di  dalam  bidang  pengkelasan  penyakit,  Sistem  Casemix,  beban
            penyakit dan pengurusan kesihatan.

            Data pesakit yang telah dianalisis dan diuruskan dengan pelbagai cara dengan menggunakan sistem Casemix
            MalaysianDRG untuk diterbitkan sebagai laporan dan bahan penerangan.

            Data  yang  telah  dianalisis  juga  boleh  digunakan  untuk  tujuan  membantu  pihak  pengurusan  merancang
            pembangunan, perbelanjaan, pengagihan sumber dan memantau prestasi hospital:

            1.     Pengawalan aktiviti klinikal (clinical governance)
            2.     Memenuhi permintaan agensi luar seperti Daftar Pesakit Malaysia dan sebagainya.
            3.     Penyelidikan, audit dan kajian.
            4.     Penentuan indikator utama prestasi (KPI)







                                                                                                           507
   506   507   508   509   510   511   512   513   514   515   516