Page 517 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 517

UNIT HOSPITAL KLUSTER





         PENGENALAN


         Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem
         Kesihatan. Hospital Kluster melibatkan kolaborasi beberapa Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, berpakar dan
         tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berdekatan di mana hospital-hospital
         ini selaras dari segi aliran perkhidmatan dan pesakit. Hospital-hospital tersebut digabungkan di bawah satu tadbir urus
         dan berfungsi sebagai sebuah kluster. Sesebuah kluster akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada semua
         pesakit yang berada di dalam liputan rangkaian kesemua hospital yang terlibat dan kesemua sumber manusia, fasiliti
         dan lain-lain kemudahan dikongsi di antara semua hospital di dalam kluster tersebut.

         Hospital Kluster Johor Selatan diwujudkan bermula pada tahun 2019 dibawah perluasan Initiatif Hospital Kluster Fasa IV.
         Kerjasama berlangsung antara Hospital Sultanah Aminah, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Hospital
         Pontian dan kini turut melibatkan Hospital Permai. Kolaborasi yang dijalankan melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan
         klinikal dan juga sokongan klinikal di antara hospital-hospital.





            VISI                                              MISI


            Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan        Menyediakan rawatan penjagaan pakar untuk
            berkualiti tinggi yang lebih dekat dengan rumah serta   pesakit di Johor Selatan dan menjadi pusat latihan
            menjadi pusat rujukan dan latihan untuk kakitangan   untuk kakitangan perubatan yang menekankan
            perubatan.                                        kepada profesionalisme, penyayang dan nilai kerja
                                                              berpasukan melalui profesional perubatan yang
                                                              terlatih, cekap dan berdedikasi.


            OBJEKTIF


            1.     Perkongsian dan penggunaan sumber secara optimal.
            2.     Meningkatkan liputan perkhidmatan pakar.
            3.     Meningkatkan kecekapan kakitangan penjagaan kesihatan.
            4.     Mempertingkatkan integrasi penjagaan pesakit.
            5.     Mengoptimumkan Hospital Non-Lead.
            6.     Meningkatkan kepuasan pelanggan.
















                                                                                                           513
   512   513   514   515   516   517   518   519   520   521   522