Page 85 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 85

JABATAN UROLOGI




           PENGENALAN



          Jabatan Urologi mula beroperasi berasingan dari Jabatan Pembedahan Am pada tahun 1993 apabila seorang Pakar
          Urologi pertama kali ditempatkan di hospital ini. Penubuhan unit berasingan ini bertujuan supaya kes-kes yang berkaitan
          dengan sistem saluran kencing dapat diberi perhatian dengan lebih khusus.


          Dalam perkembangan masa kini, kes-kes urologi yang kerap ditemui ialah batu karang, masalah kelenjar prostat bagi
          lelaki, jangkitan pada salur kencing, masalah kongenital seperti hypospadias, impotence dan infertility serta lain-lain
          masalah  yang  berkaitan.  Sejak  dimulakan  pada  tahun  1993,  bilangan  pesakit  yang  datang  mendapatkan  rawatan
          meningkat dari setahun ke setahun.

          Bagi mengurangkan kesesakan akibat peningkatan bilangan pesakit luar klinik pakar pada tahun 1998, jabatan ini
          terpaksa dipindahkan dari premis asal tingkat bawah Bangunan Poliklinik ke aras 3 di bangunan yang sama dengan
          mengisi ruang yang dikosongkan oleh Unit Tabung Darah yang berpindah ke Bangunan Induk.

          Dengan pertambahan pesakit yang semakin ramai, Klinik Pakar Urologi sekali lagi berpindah ke ruang yang dikosongkan
          oleh Klinik Psikiatrik di aras dan bangunan yang sama pada tahun 2012 sehingga sekarang.



             VISI                                               OBJEKTIF


             Menaik taraf kesihatan penduduk Negeri Johor setaraf   Memberikan khidmat kepakaran Urologi kepada
             dengan misi Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan     semua pesakit secara rawatan ulangan atau
             Kementerian Kesihatan Malaysia.                    pembedahan untuk mencapai taraf kesihatan dan
                                                                kehidupan yang lebih baik.


                                      MISI


                                      Menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang akan
                                      meningkatkan  taraf  kesihatan  melalui  promosi  cara
                                      hidup sihat, pencegahan penyakit serta perkhidmatan
                                      rawatan  dan  pemulihan  yang  berkualiti  di  dalam
                                      suasana penyayang.



           FUNGSI JABATAN

           Aktiviti Jabatan Urologi banyak tertumpu kepada pemeriksaan dan rawatan pesakit serta pembedahan sama ada di
           Dewan Bedah Utama dan Dewan Bedah Kecil di Bangunan Poliklinik.

           Pesakit-pesakit  urologi  yang  dirujuk  daripada  klinik-klinik  pakar,  klinik  kesihatan,  hospital-hospital  kerajaan  serta
           hospital  swasta  akan  diperiksa  dan  diberi  rawatan  yang  sewajarnya.  Mana-mana  pesakit  yang  memerlukan
           pembedahan akan diberi janji temu sama ada dimasukkan ke wad atau secara rawatan harian.


                                                                                                            81
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90