Author: Wira Sihat

  • Breastfeeding Support Group

    KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU
    Sedia membantu anda pada bila-bila masa.
    Jika ada masalah sila hubungi atau datang ke hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

    Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
    07-3565000 sambungan…

    Lokasi No Sambungan Lokasi No Sambungan
    Wad 4A 4403 Wad 4B 4503
    Wad 4C 4603 Dewan Bersalin 5151
    NICU 4207 Wad 8A 8103

    Klinik Kesihatan

    Lokasi No Sambungan
    KK Ulu Tiram 07-8611902
    KK Masai 07-2521882 / 07-2529623
    KK Majidee 07 3324139
    KK Pasir Gudang 07-2510594

    Laman web: http://susuibu.com

    Kaunselor Laktasi, Hospital Sultan Ismail, Johor

    Bil Nama No. Tel
    1 Pn Asmah bt Abu 019- 7352005
    2 Pn Nafiza bt A Ghani 011-28742344
    3 Pn Haryati bt Osman 018-7764609
    4 Pn Norsiah bt Abd Jalil 019- 7554510
    5 Pn Zuraini bt Mustapha 017-7661097
    6 Pn Nurhafizah bt Mohd Mahdi 013-4899395

                           

    Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, HSIJB

    Bil Nama Kawasan/Tempat No. Tel
    1 Pn Zulhaya bt Ahmad Marzuki Bdr Baru Kangkar Pulai 013- 7652551
    2 Pn Mary Nur Kasina Binti Abdullah Kasim Taman Megah Ria,Masai 013-7610196
    3 Pn Sharifah Binti Najihah Binti S Md Nasir Kg Plentong Baru ,Masai 018-3810368
    4 Pn Nurin Izzati Binti Shahruni Taman Suria, Johor 019-6668878
    5 Nurul Sa’adah binti Roslan Tmn Scientex,P/Gudang 019-7110201
    6 Hadizah binti Husssin Eddy Kg Sg Tiram,Ulu Tiram 019-8412593

                       

  • HSI breastfeeding policy

    10 LANGKAH MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG DIBENTUK WHO & UNICEF

    1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu. POLISI PENYUSUAN IBU MALAYSIA:Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan danmeneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
    2. MELATIH semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
    3. MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan.
    4. MEMBANTU ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ jam selepas kelahiran.Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1jam selepas kelahiran.Membantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan diberikan bantuaan sekiranya perlu.
    5. Memberi TUNJUKAJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.
    6. TIDAK MEMBERIKAN bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (“ROOMING IN”) bagi memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24jam sehari.
    8. MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
    9. TIDAK MEMBERIKAN puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalak PENUBUHAN kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

    PERKARA 11:

    Pematuhan Tata Etika:Semua anggota kesihatan perlu mematuhi  Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

    PERKARA 12:

    Penjagaan mesra ibu (Mother Friendly Care);Menyokong dan  mengamalkan kelahiran dan penjagaan amalan mesra ibu.

    PERKARA 13:

    HIV:Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

     

  • National Breast Feeding Policy

    10 LANGKAH MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG DIBENTUK WHO & UNICEF

    1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu. POLISI PENYUSUAN IBU MALAYSIA:Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan danmeneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
    2. MELATIH semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
    3. MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan.
    4. MEMBANTU ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ jam selepas kelahiran.Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1jam selepas kelahiran.Membantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan diberikan bantuaan sekiranya perlu.
    5. Memberi TUNJUKAJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.
    6. TIDAK MEMBERIKAN bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (“ROOMING IN”) bagi memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24jam sehari.
    8. MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
    9. TIDAK MEMBERIKAN puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalak PENUBUHAN kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

    PERKARA 11:

    Pematuhan Tata Etika:Semua anggota kesihatan perlu mematuhi  Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

    PERKARA 12:

    Penjagaan mesra ibu (Mother Friendly Care);Menyokong dan  mengamalkan kelahiran dan penjagaan amalan mesra ibu.

    PERKARA 13:

    HIV:Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

  • Kanta Sentuh

    Kanta Sentuh

    (Artikel ini dipetik dari portal http://www.myhealth.gov.my. Sila ke portal tersebut untuk pelbagai artikel kesihatan.)

    Apakah kebaikan kanta sentuh?

    Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:

    • Fizikal:
      • Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
      • Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
      • Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
      • Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
      • Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan
    • Kosmetik:
      • Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
      • Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
      • Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
    • Optikal:
      • Kanta sentuh memberikan
      • Imej yang lebih besar
      • Penyebaran cahaya yang lebih baik
      • Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
      • Pandangan yang lebih luas
      • Penglihatan yang lebih jelas
    • Perubatan:
      • Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
        • Luka/ulser di kornea
        • Bullous keratitis
        • Sindrom Steven-Johnson
        • Neuroparalytic keratitis
        • Exposure keratitis
      • Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
        • Keratoconus
        • Mata kering
        • Astigmatism yang serius

    Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?

    • Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
    • Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.

    Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?

    • Masalah boleh berlaku jika kanta sentuh dibiarkan terlalu lama dalam mata dan tidak direndam dalam solusi khas
    • Dalam situasi ini, anda boleh mendapat jangkitan pada mata, parut dalam kornea dan jadi buta

    Kerosakan pada kanta.

    • Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
    • Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh

    Kehilangan kanta

    • Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja

     

    Semakan Akhir : 27 April 2012
    Penulis : Dr. Nor Asiah Hashim
    Penyemak : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh

     

  • Demam Campak

    Demam Campak

    Artikel di diambil dari portal MyHealth. Sila ke http://www.myhealth.gov.my untuk pelbagai info kesihatan

    Apa itu demam campak?

    Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

    Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

    Apakah tanda-tanda demam campak?

    Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

    • Demam tinggi.
    • Batuk, selesema dan sakit tekak.
    • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
    • Sakit otot.

    Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

    Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

    MeaslesRuam demam campak

    Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

    Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

    Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

    Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

    • Jangkitan pada telinga.
    • Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
    • Jangkitan pada otak (encephalitis).
    • Cirit-birit.

    Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

    Bagaimana merawat demam campak?

    Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

    • Panadol untuk mengurangkan demam.
    • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
    • Berehat dan minum air yang cukup.

    Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

    Bolehkah demam campak dicegah?

    Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

    Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

    MMR adalah vaksin yang selamat.

    Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

    Artikel Berkaitan:

    Cacar Air
    Demam Denggi

    Semakan akhir : 26 April 2012
    Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
    Penyemak : Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed
  • Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

    Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

    Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

    NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD

    Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

     

    Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

    i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

    ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

    iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

     

    Disediakan Oleh,

    Sektor Zoonosis

    Bahagian Kawalan Penyakit

    Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai GARAM

    Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai GARAM

    Pada tahun ini World Action On Salt and Health (WASH) telah menetapkan bahawa Minggu Kesedaran Garam Sedunia akan disambut pada 20 hingga 26 Mac 2017. Tema tahun ini adalah “Garam, Pembunuh Senyap” (Salt The Forgotten Killer).
    Tanpa disedari, garam boleh meningkatkan risiko kematian pramatang. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi. Hipertensi yang tidak terkawal akan menyebabkan penyakit jantung dan strok, dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Dengan pengurangan pengambilan garam, risiko kematian pramatang dapat dikurangkan.
    Kajian pada tahun 2015 (MySalt Study) di kalangan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.15 gram (atau 2.9 gram sodium) sehari. Kajian ini adalah sebagai proksi yang menunjukkan tahap pengambilan garam dalam populasi rakyat Malaysia. Pengambilan ini adalah hampir dua kali ganda berbanding saranan WHO iaitu 5 gram garam sehari.

    2017-03-22-PHOTO-00000061

    Kajian ini juga mendapati makanan bermasak seperti nasi goreng, telur dadar, nasi lemak, roti canai, mee goreng) serta sos dan perisa masakan merupakan penyumbang utama kepada pengambilan garam yang tinggi. Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS, 2014) juga mendapati kicap soya merupakan antara 10 makanan utama yang diambil oleh rakyat Malaysia setiap hari. Masih banyak makanan di Malaysia yang tinggi garam walaupun ianya tidak berasa masin dan tidak sepatutnya berasa masin. Usaha yang berterusan adalah amat penting untuk memastikan rakyat tidak terdedah kepada makanan yang tinggi garam. Salah satu strategi pengurangan garam yang dijalankan oleh pihak KKM adalah bekerjasama dengan industri makanan untuk reformulasi produk makanan bagi menurunkan kandungan garam. Sehingga kini, terdapat 46 produk makanan dari pelbagai kategori termasuk mee segera, serbuk/kiub perasa, sos, biskut, makanan ringan, daging beku, dressing, teh dan minuman 3 dalam 1 telah dikurangkan kandungan garam berbanding formulasi asal.
    Walaupun jumlah dan kategori produk yang dikurangkan kandungan garam ini masih rendah berbanding jumlah produk makanan yang ada, namun usaha ini tidak mustahil dan perlu terus dipertingkatkan lagi. Pihak industri makanan diminta untuk lebih proaktif dan tampil bekerjasama di dalam mereformulasi lebih banyak produk makanan mereka. Usaha yang lebih agresif oleh pihak industri adalah sangat penting bagi memastikan rakyat mendapat lebih banyak pilihan makanan yang rendah garam sebagai pilihan yang lebih sihat, dan seterusnya membantu mengurangkan pengambilan garam.
    Sempena sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2017, semua rakyat Malaysia diseru untuk lebih peka terhadap pengambilan garam harian dengan mengambil langkah–langkah seperti berikut:
    i. Kenali produk makanan yang tinggi garam dengan membaca label sebelum membeli makanan. Pilih makanan yang dilabelkan “kurang sodium”, “rendah garam”, “sangat rendah garam”atau bebas garam”.
    ii. Kurangkan penggunaan kicap, sos, taucu, kiub dan serbuk perasa dalam penyediaan makanan.
    iii. Gunakan perencah asli dan rempah ratus sebagai pengganti garam seperti limau nipis, lada hitam, jintan manis dan sebagainya dalam masakan.
    iv. Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam seperti telur masin, ikan masin, sayur jeruk, snek masin dan makanan diproses seperti mee segera, makanan segera dan makanan dalam tin.
    v. Jalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap tahun, untuk mengetahui tahap risiko anda.
    vi. Amalkan cara hidup sihat setiap hari seperti melakukan senaman, makan secara sihat, tidak merokok ,sihat tanpa alkohol dan belajar menangani stress .
    Semoga segala usaha kita untuk mengurangkan pengambilan garam ini dapat membantu mencegah dan mengawal penyakit hipertensi dan komplikasinya, dan seterusnya mengurangkan kematian pramatang di kalangan rakyat Malaysia

  • Jaundis Neonatal (Sakit Kuning Pada Bayi) Dari Pandangan Makmal

    Jaundis Neonatal (Sakit Kuning Pada Bayi) Dari Pandangan Makmal

    Definisi

    Jaundis neonatal atau dikenali sebagai icterus dalam bahasa ilmiah, merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir. Jaundis neonatal merupakan sebab utama kemasukan semula ke hospital dalam minggu pertama usia selepas kelahiran. Keadaan ini berlaku hampir 70% dalam kalangan bayi yang dilahirkan selepas melalui terma penuh. Bayi yang dilahirkan sebelum mencapai terma penuh lebih cenderung untuk menjangkitijaundis neonatal. Jaundis neonatal terjadi akibat pemendapanbilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.

    Bilirubin terhasil daripada penguraian hemoglobin dalam sel darah merah.Bilirubin wujud dalam bentuk tak terkonjugasi atau bebas (unconjugated) yang tidak larut air dan dibawa ke organ hati melalui albumin dalam plasma. Di dalam hati, ia kemudiannya ditukar kepada bilirubinterkonjugasi (conjugated) yang memiliki sifat larut dalam air. Bilirubin yang terkonjugasi kemudiaannya disingkirkan dalam hempedu.

    Hyperbilirubinemia neonatal boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang sama ada bersifat sementara contohnya jaundis fisiologikal neonatal ataupun keadaan lebih teruk yang menyebabkan hyperbilirubinemia yang berlanjutan dalam bayi. Jaundis fisiologikal neonatal disebabkan oleh peningkatan kadar pemecahan sel darah merah serta organ hati bayi yang kurang matang. Keadaan yang tidak memudaratkan ini biasanya muncul dalam bayi yang berusia 2 hingga 4 hari dan akan beransur hilang sewaktu bayi berumur 1 hingga 2 minggu. Jaundis yang berlanjutan seringkali menunjukkan keadaan yang serius bagi bayi, contohnya penyakit hemolitik bayi yang baru lahir, penyakit atresiabiliari (penyakit di mana sistem hempedu luar tidak wujud dan menyebabkan bayi mengalami jaundis berpanjangan) ataupun hepatitis neonatal idiopathic yang jarang berlaku.

    Penyiasatan Makmal

    Pengurusan bayi yang jaundis biasanya hanya memerlukan pemerhatian dan ujian darah bersiri bagi ujian jumlah bilirubin. Bagi kes yang memerlukan penyiasatan lanjutan, ujian bagi pecahan bilirubin diperlukan. Bilirubin dalam darah biasanya diukur sebagai Jumlah Bilirubin atau Total Bilirubin (TBil) dan Bilirubin Langsung atau DirectBilirubin (DBil). Jumlah Bilirubin adalah jumlah bentuk yang langsung (direct) ataupun tidak langsung (indirect). Pecahan tidak langsung didapati melalui penolakan DBil daripada TBil. Bilirubin Langsung berhubungkait dengan bilirubin yang terkonjugasi sementara bilirubin tidak langsung dikaitkan dengan bilirubin tak terkonjugasi.

    Pengumpulan dan Pengendalian Sampel

    Darah boleh diambil daripada vena ataupun tumit kaki bayi. Sampel ulangan mungkin diperlukan sekiranya isipadu darah tidak mencukupi, tercemar ataupun disebabkan oleh faktor-faktor lain. Teknik tersebut melibatkan pengambilan darah yang boleh menyebabkan kesakitan dan trauma kepada bayi. Oleh hal yang demikian, di sesetengah kemudahan penjagaan kesihatan, pengukuran fotometritranscutaneous yang tidak-invasif di tempat penjagaan menggunakan peralatan khas bilirubinometer digunakan pada bayi bagi menggantikan pengambilan darah.

    Bilirubin adalah sensitif kepada cahaya. Oleh sebab itu, sampel darah haruslah dilindungi daripada cahaya untuk memastikan ketepatan keputusan. Pendedahan sampel kepada cahaya ataupun haba boleh menyebabkan degradasibilirubin dan mengurangkan kepekatannya. Sampel darah perlu dihantar dengan segera ke makmal untuk diuji memandangkan kelewatan dalam penghantaran sampel darah boleh mempengaruhi keputusan ujian bilirubin. Serum atau plasma sampel yang jaundis kelihatan lebih gelap (keperangan), seperti dalam gambar rajah.

    Sample collection and handling

    Kaedah

    Penentuan tahap Bilirubin membantu doktor memastikan mekanisme penyebab hyperbilirubinemia. Oleh itu, pengukuran Bilirubin yang tepat dan tiada kepincangan menjadi mandatori. Berikut disenaraikan beberapa kaedah analisis yang digunakan di makmal untuk penentuan tahap Bilirubin:

    1. Kaedah spektrofotometrik langsung

      Tahap penyerapan diukur dengan menggunakan spektrofotometer laluan jalur sempit dwi-gelombang. Jumlah Bilirubin bayi boleh ditentukan melalui perbezaan tahap penyerapan pada kedua-dua panjang gelombang tersebut.

    2. Kaedah Diazo

      Bilirubin paling biasa diukur berdasarkan prinsip kaedah tindakbalas diazo seperti yang dilaporkan oleh Hijmans van denBergh, di mana diazotizedsulfanilicacid (bahan uji diazoEhrlich) bertindakbalas dengan Bilirubin untuk menghasilkan azodipyrroles berwarna antara merah-jambu dan merah-keunguan yang boleh diukur secara kalorimetrik. Dalam larutan akueus, bilirubinterkonjugasi yang larut-air bertindakbalas dengan cepat dengan bahan uji dan boleh dikatakan bertindakbalas langsung (direct-reacting). Walaubagaimanapun, apabila metanol ditambahkan, kedua-dua bilirubinterkonjugasi dan tidak terkonjugasi adalah larut dan bertindakbalas dengan bahan uji untuk memberikan nilai jumlah bilirubin.Bilirubin tak terkonjugasi yang kurang larut dalam larutan akueus hanya dapat diukur selepas penambahan metanol, memberikannya istilah tindakbalas tidak langsung (indirect-reacting)

    3. Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi / HighPerformanceLiquidChromatography (HPLC)

      Kaedah HPLC membolehkan pemisahan dan pengukuran pecahan bilirubin yang agak pantas. Kaedah pengukuran baru yang sangat tepat melibatkan metanolisis beralkalibilirubin diikuti dengan pengekstrakan metil-ester bilirubin menggunakan kloroform dan kemudiannya pemisahan ester tersebut menggunakan kromatografi dan pengukuran secara spektrofotometrik.

      Walaubagaimanapun, untuk tujuan diagnostik, penggunaan teknik diazo langsung dan tidak langsung memberikan maklumat klinikal yang mencukupi.

    Had ujian / Faktor yang mengganggu

    Pigmen pemakanan seperti karotena boleh menyebabkan peningkatan paras Bilirubin yang diukur menggunakan kaedah spektrofotometrik langsung. Walaubagaimanapun, pigmen pemakanan biasanya tidak hadir dalam bayi disebabkan pemakanan mereka yang terhad. Pengukuran Bilirubin menggunakan kaedah diazo adalah tidak tepat dalam pengesanan Bilirubin pada paras yang rendah. Secara khususnya, pengukuran langsung akan memberikan keputusan yang lebih tinggi berbanding sebenar pada paras Bilirubinterkonjugasi yang rendah dan memberikan keputusan yang lebih rendah berbanding sebenar pada paras yang tinggi. Dengan itu,bagi kes tertentu, peningkatan sedikit Bilirubin tak terkonjugasi gagal dikenalpasti. Maklumat sebegini penting dalam pengesanan penyakit seperti Sindrom Gilbert.

    Julat Rujukan:

    Umur
    Paras Jumlah Bilirubin
    Terma Penuh
    Pra-matang
    mg/dL
    mmol/L (SI unit)
    mg/dL
    mmol/L (SI unit)
    0 -1 hari
    <5.0
    <86
    <4.0
     

    <68

     

    >1 hari
    <8.0
    <137
    <6.0
     

    <103

     

    Secara umumnya, julat rujukan normal bagi Jumlah Bilirubin, BilirubinTerkonjugasi dan Bilirubin Tak Terkonjugasiuntuk bayi baru lahir dari 0 hingga 7 hari adalah seperti di bawah:-

    Jumlah Bilirubin : 1.0 – 10.0 mg/dL atau 17 – 170 µmol/L

    Terkonjugasi (Bilirubin Langsung):

    Tak Terkonjugasi (Bilirubin Tidak Langsung):

    Kepentingan Ujian Makmal

    Peningkatan paras Bilirubin dalam bayi boleh meresap ke dalam ganglia basal dan menyebabkan encephalopathy toksik (kernicterus) disebabkan oleh penghalang otak-darah yang kurang matang. Kernicterus dicirikan oleh kesan kuning pada bahagian meninges otak yang kaya-lipid serta saraf tunjang. Ini biasanya berlaku pada paras Bilirubin lebih daripada 20mg/dL (342 µmol/L) pada bayi dan boleh menyebabkan kematian, cerebralpalsy, pekak atau terencat akal. Oleh yang demikian, bayi yang memperlihatkan jaundis memerlukan pengawasan rapi dan jaundis bayi yang teruk memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

    Rujukan

    1. Arneson, W.L., &Brickell, J.M. (2007). Clinical Chemistry: A Laboratory Perspective. Philadelphia: F.A. Davis Company.
    2. Champe, P.C., Harvey, R.A., & Ferrier, D.R. (2005). Lippincott’s Illustrated Reviews: Biochemistry (3rded.). Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins.
    3. Puppalwar, P.V., DrKalyanGoswami, &Dr. ArchanaDhok. (2012,Sep-Oct).Review on “Evolution of Methods of Bilirubin Estimation”.IOSR Journal of Dental and Medical Sciences (IOSRJDMS), 1(3), 17-28
    4. Fischbach, F.T., & Dunning III, M.B. (2009). A Manual of Laboratory and Diagnostic Tests (8thed.). Philadelphia: Wolters Kluwer Health|Lippincott Williams & Wilkins.
    5. Murray, R.K., Granner, D.K., Rodwell, V.W., Bender D.A., Mayes, P.A., Botham, K.M., et al. (2006). Harper’s Illustrated Biochemistry (27thed.). New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
    6. SaththaSivam, P., Voralu, K., NoraidaRamli, Mohd Rafi Mustapha, Julia Omar, & Van Rostenberghe, H. (2010, Jul-Sep). The effect of delayed transportation of blood samples on serum bilirubin values in neonates. Malaysian Journal of Medical Sciences, 17(3), 27-31.
    Semakan Akhir : 02 Januari 2017
    Penulis/Penterjemah : Lee Kie Hie
    Akreditor : Lau Kim Bee
    Sumber : http://www.myhealth.gov.my/