Author: Hospital Sultan Ismail Site Admin
-
Waktu Perkhidmatan & Panduan Menderma Darah
Pastikan:-
1. Tidur Melebihi 5 Jam
2. Makan Dalam Masa 4 Jam
3. Sihat Tubuh Badan
4. Bawa Kad Pengenalan
5. Pendermaan Akhir Lebih 3 Bulan
6. Patuhi Kriteria Pendermaan -
Syarat-Syarat Penderma Darah Yang Layak
Untuk berdaftar sebagai penderma darah secara rasmi, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu, iaitu:
- Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (bagi penderma darah kali pertama)
- Berumur antara 18 tahun hingga 70 tahun (bagi penderma darah tetap)
- Berat badan 45 kg ke atas
- Menetap di Malaysia tidak kurang dari satu tahun (bagi warganegara asing)
PENTING:
- Individu berumur 17 tahun layak HANYA JIKA diberi kebenaran bertulis oleh ibu bapa atau penjaga
- Warga emas berusia 60 ke atas yang ingin menderma darah dinasihati untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu
-
Syarat-Syarat Penderma Darah Yang Tidak Layak
Tidak semua individu layak untuk menderma darah. Golongan yang tidak boleh menderma darah diberikan penangguhan (deferral) sama ada secara sementara ataupun secara kekal. Tempoh penangguhan bergantung kepada keadaan kesihatan anda.
Penangguhan sementara diberikan kepada individu yang mengalami masalah kesihatan ringan serta berpotensi untuk beransur pulih. Pendermaan darah dibenarkan SELEPAS TEMPOH TERTENTU apabila kriteria di bawah tidak lagi dialami:
- paras hemoglobin yang rendah
- tekanan darah terlalu rendah atau terlalu tinggi
- berat badan kurang daripada 45kg
- tidak sihat badan
- telah menyumbang darah 3 bulan lepas
- mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan antibiotik
- baru menerima vaksin
- baru menjalani prosedur pembedahan kecil mahupun besar
- sedang hamil, menyusu badan, dan baru 6 bulan selepas bersalin
- sedang dalam tempoh haid
- baru sembuh daripada jangkitan Covid-19
- di bawah pengaruh alkohol
Penangguhan kekal diberikan kepada individu yang menghidapi masalah kesihatan yang berpanjangan atau kritikal, dan juga golongan yang berisiko tinggi. Pendermaan darah tidak dibenarkan SEPANJANG HAYAT jika anda:
- Menghidapi sebarang penyakit kronik (seperti kanser dan penyakit jantung)
- mempunyai rekod positif untuk penyakit kelamin seperti HIV/AIDS
- menjalani hubungan sejenis (homoseksual), biseksual, dan atau dengan pekerja seks
- mengamalkan cara hidup bertukar-tukar pasangan seks
- mengambil dadah secara suntikan
-
Shuttle Bus Service
SHUTTLE BUS HSIJB
Berita Baik! 🎉🎉🎉
Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menambah jumlah bas 🚌 ulang alik (Shuttle Bus) daripada Lotus’s Tebrau City ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru – HSIJB kepada dua (2) 🚍🚍 buah bas.
Pengoperasian bermula 15hb Februari 2024 dengan menempatkan sebuah bas di Lotus dan sebuah bas di HSIJB. Jadual waktu operasi dan laluan adalah seperti poster yang dipaparkan.
Jadi letakkan kenderaan anda di Lotus dan anda boleh ke HSIJB dengan Shuttle Bus. Bawa Kad Pengenalan anda semasa menggunakan fasiliti ini.
#beritabaik
#ShuttleBusService
#PAJ
#ukkhsijb
#MalaysiaMadaniLayari laman Facebook kami di SINI untuk maklumat lanjut







