Syarat-Syarat Penderma Darah Yang Layak

Untuk berdaftar sebagai penderma darah secara rasmi, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu, iaitu:

  • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (bagi penderma darah kali pertama)
  • Berumur antara 18 tahun hingga 70 tahun (bagi penderma darah tetap)
  • Berat badan 45 kg ke atas
  • Menetap di Malaysia tidak kurang dari satu tahun (bagi warganegara asing)

 

PENTING:

 

  • Individu berumur 17 tahun layak HANYA JIKA diberi kebenaran bertulis oleh ibu bapa atau penjaga
  • Warga emas berusia 60 ke atas yang ingin menderma darah dinasihati untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu
Close Menu