Syarat-Syarat Penderma Darah Yang Tidak Layak

Tidak semua individu layak untuk menderma darah. Golongan yang tidak boleh menderma darah diberikan penangguhan (deferral) sama ada secara sementara ataupun secara kekal. Tempoh penangguhan bergantung kepada keadaan kesihatan anda.

Penangguhan sementara diberikan kepada individu yang mengalami masalah kesihatan ringan serta berpotensi untuk beransur pulih. Pendermaan darah dibenarkan SELEPAS TEMPOH TERTENTU apabila kriteria di bawah tidak lagi dialami:

  • paras hemoglobin yang rendah
  • tekanan darah terlalu rendah atau terlalu tinggi
  • berat badan kurang daripada 45kg
  • tidak sihat badan
  • telah menyumbang darah 3 bulan lepas
  • mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan antibiotik
  • baru menerima vaksin
  • baru menjalani prosedur pembedahan kecil mahupun besar
  • sedang hamil, menyusu badan, dan baru 6 bulan selepas bersalin
  • sedang dalam tempoh haid
  • baru sembuh daripada jangkitan Covid-19
  • di bawah pengaruh alkohol

Penangguhan kekal diberikan kepada individu yang menghidapi masalah kesihatan yang berpanjangan atau kritikal, dan juga golongan yang berisiko tinggi. Pendermaan darah tidak dibenarkan SEPANJANG HAYAT jika anda:

  • Menghidapi sebarang penyakit kronik (seperti kanser dan penyakit jantung)
  • mempunyai rekod positif untuk penyakit kelamin seperti HIV/AIDS
  • menjalani hubungan sejenis (homoseksual), biseksual, dan atau dengan pekerja seks
  • mengamalkan cara hidup bertukar-tukar pasangan seks
  • mengambil dadah secara suntikan

 

Close Menu