MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BUBUR LAMBUK

Pada 10 Mac 2026 yang lalu, pihak hospital telah mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Agihan Bubur Lambuk bersempena bulan Ramadan yang melibatkan penyertaan kakitangan hospital. Program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui aktiviti khatam Al-Quran, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim melalui gotong-royong memasak bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada pesakit, pelawat dan warga hospital.

MAJLIS SERAHAN TUGAS PENGARAH HOSPITAL

Pada 13 April 2026, YBrs. Dr. Noorraudah binti Abd Rahman secara rasmi menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Hospital kepada YBrs. Dr. Surya binti Marsom. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, YBrs. Dr. Noorraudah telah menunjukkan komitmen, dedikasi serta kepimpinan yang cemerlang dalam menerajui hospital ini ke arah kecemerlangan perkhidmatan kesihatan. Warga hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Pada masa yang sama, seluruh warga hospital mengalu-alukan pelantikan YBrs. Dr. Surya binti Marsom sebagai Pengarah Hospital yang baharu dan menaruh keyakinan bahawa kepimpinan beliau akan terus membawa kemajuan serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.

Alat Keboleh Capaian