Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan menganjurkan Persidangan Diabetes Malaysia 2026 pada 12-14 Jun 2026 di 'The Vertical Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City, Kuala Lumpur'. Persidangan ini bertemakan "Empower. Engage. Evolve." dan bertujuan menyediakan platform kepada profesional penjagaan kesihatan untuk berkongsi kemajuan serta inovasi terkini dalam pengurusan diabetes.
Semua profesional penjagaan kesihatan yang terlibat dalam pengurusan diabetes dijemput untuk menyertai persidangan ini bagi meningkatkan standard penjagaan pesakit. Diskaun pendaftaran "Early Bird" ditawarkan sehingga 30 April 2026, serta satu (1) pendaftaran percuma bagi setiap lima (5) pendaftaran berbayar (5+1).
Pendaftaran Dalam Talian :https://dmc.diabetesmalaysia.org.my/registration.php
Garis Panduan Abstrak : https://dmc.diabetesmalaysia.org.my/abstract.php
Penyerahan Abstrak : https://forms.gle/waM1TtrraTCgta9j8
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menghantar abstrak pembentangan lisan atau poster. Tarikh tutup penyerahan abstrak ialah 15 April 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ms. Penny Peh, Ms. Parameasvari atau Ms. Nur Hafizah di 03-7957 4062 atau emel
