Hospital Mesra Ibadah (HMI)Sedang Dikemaskini Pain FreeSedang dikemaskiniEmergency CodePelan Tindakan BencanaSedang dikemaskini |
|
|
||||||||||||||
Join us for an engaging academic session exploring the fundamentals of Forensic Pathology, focusing on pattern of injury and investigative aspects of road traffic fatalities and beyond 👏🏼
Now more interactive and hands in with our added practical sessions
🗓 Date: 16th December 2026
📍 Venue: Auditorium, Hospital Pasir Gudang
💸 Registration fees: RM 60 per participants
👩⚕️👨⚕️ Medical officers, medical assistants, forensic practitioners
📌 Limited seats available. Register early to secure your place !
🗓 Last date for registration: 30 November 2026
🔐 Kindly scan the QR code on the poster to register
🫶🏼 We look forward to your participation ! Sincerely,
Forensic Medicine Department
Hospital Pasir Gudang.

📢 JEMPUTAN PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2026 & SAMBUTAN INTERNATIONAL PATHOLOGY DAY 🔬
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua warga kerja dijemput hadir bagi memeriahkan program seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 6 November 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Auditorium HPG
🏆 Antara acara kemuncak: 🔹 Anugerah Jabatan dengan Rejection Terendah – Oktober 2026 🔹 Anugerah Pengguna GM POCT IQC Terbaik 2026 🔹 Penyampaian hadiah pemenang CSI: Pathology Lab 🔹 Penyampaian hadiah pemenang Book Doc: Virtual Run 🔹 Penyampaian hadiah pemenang Warnai Dunia Patologi 🔹 Cabutan Bertuah Pasport Patologi 🎁
Kehadiran dan sokongan semua amatlah dialu-alukan. Semoga program ini dapat memeriahkan sambutan serta menghargai penglibatan semua warga kerja.

Pihak Hospital Pasir Gudang ingin menarik perhatian orang ramai berhubung kewujudan sebuah laman web yang menggunakan nama, imej dan maklumat Hospital Pasir Gudang sehingga berpotensi mengelirukan orang awam serta menimbulkan risiko penyalahgunaan maklumat dan penipuan.
Laman web yang dikenal pasti: 🔗 https://pasir-gudang-hospital-hpg.bookanyweb.com/
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikut:
🔴 Jangan mudah mempercayai laman web yang menggunakan nama, logo, imej atau maklumat Hospital Pasir Gudang tanpa pengesahan kesahihannya.
🔴 Jangan berkongsi maklumat peribadi, perbankan atau maklumat sensitif melalui laman web yang mencurigakan.
🔴 Tidak membuat sebarang pembayaran atau transaksi kewangan melalui laman web tersebut tanpa pengesahan daripada pihak hospital.
🔴 Tidak menekan pautan atau memuat turun fail daripada sumber yang meragukan.
🔴 Semak kesahihan laman web dan rujuk saluran komunikasi rasmi Hospital Pasir Gudang sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Pihak Hospital Pasir Gudang mengambil serius perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari laman web serta memastikan kesahihan sumber maklumat sebelum melakukan sebarang urusan dalam talian.
Sila kongsikan pemakluman ini kepada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran serta mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa.
Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai.
HospitalPasirGudang #PemaklumanRasmi #AmaranPenyamaran #WaspadaPenipuan

SAMBUTAN BULAN KAUNSELING HPG 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HPG.
Bulan Kaunseling diraikan pada bulan Oktober setiap tahun.
Bertemakan “Kaunseling Era Digital Memacu Kesejahteraan” bagi sambutan peringkat kebangsaan tahun ini, UPK turut menyemarakkan sambutan di peringkat Hospital Pasir Gudang dengan pelbagai aktiviti untuk warga HPG.
Dalam kesibukan menjaga orang lain, diri kita juga perlu dijaga. Sambutan ini mengajak warga HPG mengenali emosi, mengurus tekanan, mengukuhkan sokongan sesama rakan dan lebih mengenali perkhidmatan kaunseling.
✨ Aktiviti yang menanti anda✨:
🔐 16/10/2026 — *MindQuest10 Escape Room*
Cabaran berpasukan melalui 10 checkpoint psikologi dan pengurusan emosi.
🌸 19/10/2026 — *ReCharge Hub*
Ruang berehat, memulihkan tenaga dan menikmati aktiviti penjagaan diri.
🎉 29/10/2026 — *Ctrl + Alt + Heal: The Finale 2026*
Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kaunseling Peringkat HPG.
📢 Nantikan hebahan lanjut dan maklumat pendaftaran. Jom sertai bersama!
💜 Sokongan dan penyertaan warga HPG amat bermakna buat kami di UPK. Jom bersama-sama menjayakan sambutan ini! 💜
Unit Psikologi & Kaunseling
Hospital Pasir Gudang

| HOSPITAL PASIR GUDANG Jalan Puncak 1, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim. |
|
| Tel : 07-298 1000 | |
| Emel : hpg@moh.gov.my |
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.