JABATAN FORENSIK

Pengenalan

  • Jabatan Perubatan Forensik merupakan sebahagian dari direktorat sokongan klinikal di Hospital Pasir Gudang . Ia memberikan perkhidmatan patologi dan klinikal forensik yang melibatkan pengurusan mayat, pemeriksaan bedahsiasat medikolegal mahupun klinikal, pemeriksaan klinikal ke atas mangsa dan suspek kes polis, pemeriksaan antropologi forensik, penggalian semula kes-kes medikolegal, lawatan ke tempat kejadian untuk rekonstruksi kes, perkhidmatan kepakaran forensik samada dapatan kedua atau bedahsiasat kedua dan memberi kesaksian di mahkamah. 

  • Mula beroperasi pada 20 Julai 2025

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi pusat kecemerlangan dalam Perubatan dan Sains Forensik secara global dengan menyampaikan perkhidmatan yang dipercayai, inovatif dan dinamik.

Misi:

  • Untuk menyampaikan perkhidmatan perubatan dan sains forensik yang bebas, saksama dan berkualiti dalam meningkatkan hak asasi manusia dan menyokong sistem keadilan negara.
  • Untuk memberikan nilai kepada masyarakat dan pelanggan kami melalui perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan teknologi terkini.

Objektif: 

UMUM

Untuk menyediakan Perkhidmatan Perubatan Forensik, iaitu satu bidang khusus dalam perubatan yang mengaplikasikan prinsip-prinsip dari sains perubatan dan sains forensik bagi membantu pihak berkuasa dalam perundangan dan keadilan, selaras dengan keperluan undang-undang Malaysia serta mematuhi piawaian kualiti semasa.

 

SPESIFIK

 

MATLAMAT

Berusaha sebagai peneraju global Perubatan Forensik dan Sains melalui sokongan tanpa henti dalam penyiasatan keganasan terhadap manusia dan menunjukkan kepentingan bukti saintifik dalam memerangi jenayah. 

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

 

Piagam Pelanggan

  • Masa untuk mengambil jenazah dari wad/ Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah dalam tempoh satu (1) jam dari masa petugas Jabatan Perubatan Forensik dimaklumkan tentang kes kematian tersebut oleh pihak wad/ Jabatan Kecemasan dan Trauma.

  • Masa membuat serahan jenazah bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan kepada waris terdekat adalah dalam tempoh 30minti selepas tuntutan oleh waris dilakukan.

  • Masa menunggu bedah siasat medico legal dijalankan adalah dalam anggaran tempoh dua (2) hingga empat (4) jam setelah semua petugas yang terlibat  (termasuk pihak polis) telah hadir di Jabatan Perubatan Forensik sebelum bedah siasat dilakukan. Ia bergantung kepada jumlah kes-kes kematian yang memerlukan  bedah siasat pada ketika itu.

  • Anggaran tempoh menuggu laporan bedahsiasat adalah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tempoh bedah siasat di mohon bagi kes-kes bukan pakar/kurang rumit. Bergantung kepada kerumitan sesuatu kes dan kesiapsediaan keputusan makmal.

 

HUBUNGI KAMI

 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my
 
JUMLAH PELAWAT
008424
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang