Hospital Mesra Ibadah (HMI)Sedang Dikemaskini Pain FreeSedang dikemaskiniEmergency CodePelan Tindakan BencanaSedang dikemaskini |
|
|
||||||||||||||
Unit Terapi Cara Kerja (UTCK), Hospital Pasir Gudang terletak di Aras 1, di bahagian belakang Klinik Ortopedik. Unit ini berkongsi ruang dengan Unit Fisioterapi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan rehabilitasi dapat dilaksanakan secara bersepadu, teratur dan sistematik.
Susun atur ruang terapi telah diatur mengikut fungsi perkhidmatan, di mana bilik-bilik terapi di bahagian hadapan menempatkan perkhidmatan Fisioterapi, manakala bilik-bilik di bahagian belakang dikhususkan untuk perkhidmatan Terapi Cara Kerja.
Bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang komprehensif, UTCK dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:
Bilik Terapi Pediatrik
Makmal Kemahiran Kognitif
Bilik Relaksasi
Bilik Splinting
Bilik Pressure Garment
Bilik Aktiviti Kehidupan Seharian (Activities of Daily Living – ADL) yang merangkumi ruang dapur dan bilik tidur
Bilik Kemahiran 1
Bilik Kemahiran 2
Unit Terapi Cara Kerja mula beroperasi bagi perkhidmatan pesakit dalam pada Oktober 2025, diikuti dengan pembukaan perkhidmatan pesakit luar pada November 2025. UTCK komited menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti bagi membantu pesakit mencapai tahap kefungsian optimum serta meningkatkan keupayaan mereka menjalani aktiviti harian secara lebih berdikari.
Visi:
Menyediakan perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang komprehensif, penyayang, dan berpusatkan pesakit bagi membantu setiap individu mencapai tahap keberdikarian serta kualiti hidup yang optimum.
Misi:
Menyampaikan rawatan pemulihan yang berkesan berdasarkan amalan terbaik dan bukti saintifik (evidence-based practice) oleh tenaga profesional yang berdedikasi.
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan yang diberikan seperti berikut:
Terapi Cara Kerja di bidang Ortopedik
• Tangan dan anggota atas
• Kecederaan saraf tunjang
• Kecederaan saraf periferi
• Muskuloskeletal
• Amputasi
Terapi Cara Kerja di bidang Psikitari dan Kesihatan Mental
• Adult Psychiatry
• Kanak-kanak dan remaja
• Psikogeriatrik
• Pemulihan Psikososial
Terapi Cara Kerja di bidang Pediatrik
• Neurologi Pediatrik
• Neonatal
Terapi Cara Kerja di bidang Perubatan Am
Terapi Cara Kerja di bidang Neurologi
Terapi Cara Kerja di bidang Pembedahan Am
Terapi Cara Kerja di bidang Neurosurgery
Terapi Cara Kerja di bidang Plastic and Reconstructive
Terapi Cara Kerja di bidang Onkologi
Terapi Cara Kerja di bidang Kardiak
Terapi Cara Kerja di bidang Pain Management
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, KKM sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan:
Setiap klien akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang profesional, berkualiti dan selamat
Setiap klien akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang sewajarnya mengikut keperluan pelanggan
Setiap klien akan menerima penerangan yang jelas mengenai perawatan terapi cara kerja yang akan diterima
Setiap klien akan dilihat dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran
Setiap pesakit dalam baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh 24 jam
Setiap pesakit luar baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
Setiap klien akan diberikan temujanji susulan mengikut keperluan dan dalam tempoh yang sesuai
Setiap klien akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan-santun dan penuh rasa hormat
Setiap maklumat klien akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak lain dengan keizinan seperti tertakluk di dalam undang-undang
Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika professional untuk warga kerja, pesakit dan pelawat hospital.
MISI
Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan memastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam.
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan peraturan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam serta perundangan yang berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Mewujudkan kawalan persekitaran dengan memastikan keadaan tempat kerja dengan persekitaran yang sihat, selamat, bersih serta terkawal daripada punca jangkitan penyakit.
Melaksanakan promosi dan meningkatkan kesihatan warga kerja, pesakit, orang awam dan warga kerja sokongan di hospital ke tahap optimum dari segi fizikal, mental dan sosial.
Unit Kawalan Infeksi (UKI) Hospital Pasir Gudang ditubuhkan untuk memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit melalui pengurusan risiko jangkitan secara bersepadu.
Dengan berlandaskan standard klinikal terkini dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, unit ini bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menilai pelbagai strategi kawalan jangkitan.
Antara fungsi utama UKI termasuk pemantauan kejadian infeksi, audit pematuhan amalan kawalan, siasatan kluster dan wabak serta penyediaan latihan dan khidmat nasihat kepada semua warga hospital.
Dalam usaha membina budaya keselamatan, UKI berperanan sebagai tulang belakang kepada program keselamatan pesakit dan sebagai rakan strategik kepada jabatan perubatan, kejururawatan dan pengurusan hospital.
Unit Kawalan Infeksi dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan, Penyelia Juruarawat, Ketua Jururawat, Jururawat Kawalan Infeksi (Norm 1:110) dan di bantu oleh link nurse setiap wad, klinik dan mana-mana lokasi yang berkaitan dengan pesakit.
Visi:
Menjadi unit yang berkualiti tinggi dalam pencegahan dan kawalan jangkitan dengan mengamalkan “Standard Precaution” bagi memastikan persekitaran fasiliti yang selamat, bersih dan bebas risiko jangkitan untuk pesakit, kakitangan dan pelawat.
Misi:
Melaksanakan program pencegahan dan kawalan jangkitan yang berkesan melalui pendidikan, pemantauan dan pematuhan piawaian, bagi mengurangkan jangkitan ke tahap yang minima.
Objektif:
Melaksanakan audit hand hygiene compliance yang menjadi KPI pengarah dan perlu dicapai melebihi 75% oleh anggota Kesihatan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesediaan kakitangan tentang kepentingan kawalan infeksi melalui pembelajaran secara berterusan.
Melaksanakan sistem survelan kawalan infeksi yang efektif dan efisien sepanjang masa dalam mengawal kadar alert organisam & Healthcare Associated Infection (HCAI’S).
Emel:
Nombor Sambungan: 2923/2922
Melaksanakan amalan “Standard Precaution” mengikut polisi dan prosedur kawalan Jangkitan KKM yang terkini.
Memantau dan menilai data-data dan maklumat berkenaan survelan dan audit .
iMencegah, mengenalpasti, menyiasat serta menguruskan kejadiaan rebakan penyakit berjangkit di hospital.
Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan pencegahan serta kawalan jangkitan secara berterusan kepada semua anggota hospital.
Membantu pihak OSH dalam memastikan keselamatan serta kesihatan warga kerja Hospital Pasir Gudang.
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
7:00 pagi – 02:00 petang
Unit Kawalan Infeksi komited untuk menyediakan perkhidmatan pencegahan dan kawalan jangkitan yang cekap, beretika demi menjamin keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan.
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.