JOM SEMUA BANGSA JOHOR!
Adakah anda cakna tentang ubat-ubatan dan kesihatan anda? Jom beramai-ramai memeriahkan program Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0 sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2026 Peringkat Negeri Johor! 💊
Mengetengahkan tema pada tahun ini iaitu
"Empowering Pharmacists for Healthier Future"
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti anda sekeluarga!
Simpan butiran ini dalam kalendar anda:
🗓 Tarikh: Ahad, 4 Oktober 2026
⏰ Masa: 10.00 Pagi - 5.00 Petang
📍 Tempat: AEON Mall, Tebrau City
Apa aktiviti yang best di sana nanti?
🩺 Reruai & Pameran Kesihatan 🩸
Saringan Kesihatan Percuma (Jangan lepaskan peluang untuk periksa tahap kesihatan anda!)
🏃♂️ Pharma Mallrathon
🏥 Jejak Farmasi Komuniti
🎁 Cabutan Bertuah dan Hadiah Menarik yang menanti para pengunjung!
Program gilang-gemilang ini dibawakan khas kepada anda oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Malaysian Pharmacists Society Johor
Tunggu apa lagi? Save the date dan forward mesej ini kepada ahli keluarga serta kawan-kawan!
Jumpa anda di sana!
