Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pasir Gudang berperanan sebagai pemudah cara dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan, kebajikan dan sokongan kerohanian Islam kepada pesakit, waris serta warga hospital. Unit ini komited untuk memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui pelaksanaan aktiviti dakwah, pendidikan, kaunseling syariah dan pengurusan ibadah pesakit.
Selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Hal Ehwal Islam sentiasa berusaha menerapkan budaya kerja yang berteraskan ihsan, integriti dan profesionalisme bagi menyokong kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan rohani.
Visi,Misi&Objektif
Visi:
Berperanan sebagai unit yang terbaik dalam menguruskan pendidikan dan bimbingan islam melalui program penerapan nilai Islam kearah melahirkan anggota dan pesakit yang berpengetahuan, berpendidikan dan berakhlak mulia
Misi:
Memberi perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti kepada warga kerja hospital dan pesakit.
Objektif:
1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan wargakerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
2. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
3. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
4. Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
5. Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit.
Carta Organisasi
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan:9127
Perkhidmatan Kami
-
Khidmat bimbingan rohani kepada pesakit, waris dan warga hospital
-
Khidmat bimbingan Ibadah Pesakit
-
Program Penghayatan Nilai Islam warga Hospital
-
Kaunseling dan runding cara Syariah
Waktu Operasi
8.00 am - 5.00 pm
Piagam Pelanggan
Lain-lain