Hospital Mesra Ibadah (HMI)Sedang Dikemaskini Pain FreeSedang dikemaskiniEmergency CodePelan Tindakan BencanaSedang dikemaskini |
|
|
||||||||||||||
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pasir Gudang berperanan sebagai pemudah cara dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan, kebajikan dan sokongan kerohanian Islam kepada pesakit, waris serta warga hospital. Unit ini komited untuk memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui pelaksanaan aktiviti dakwah, pendidikan, kaunseling syariah dan pengurusan ibadah pesakit.
Selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Hal Ehwal Islam sentiasa berusaha menerapkan budaya kerja yang berteraskan ihsan, integriti dan profesionalisme bagi menyokong kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan rohani.
Visi:
Berperanan sebagai unit yang terbaik dalam menguruskan pendidikan dan bimbingan islam melalui program penerapan nilai Islam kearah melahirkan anggota dan pesakit yang berpengetahuan, berpendidikan dan berakhlak mulia
Misi:
Memberi perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti kepada warga kerja hospital dan pesakit.
Objektif:
1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan wargakerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
2. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
3. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
4. Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
5. Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit.
Emel:
Nombor Sambungan:9127
Khidmat bimbingan rohani kepada pesakit, waris dan warga hospital
Khidmat bimbingan Ibadah Pesakit
Program Penghayatan Nilai Islam warga Hospital
Kaunseling dan runding cara Syariah
8.00 am - 5.00 pm
PENGENALAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (Unit ICT)
Unit Teknologi Maklumat Hospital Pasir Gudang (HPG) ditubuhkan sebagai tulang belakang kepada operasi harian hospital yang berasaskan teknologi digital. Sebagai sebuah hospital moden, HPG bakal mengguna pakai Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh (Total Hospital Information System - THIS) yang mengintegrasikan seluruh rantaian perkhidmatan bermula dari pendaftaran pesakit, rawatan klinikal, hinggalah ke pengurusan kewangan.
Unit ini bertanggungjawab memastikan sistem penyampaian kesihatan berjalan lancar tanpa gangguan menerusi penyediaan infrastruktur ICT yang teguh, selaras dengan agenda Kerajaan Elektronik (e-Government) Malaysia.
VISI
Menjadi penggerak utama transformasi hospital digital yang mampan, efisien, dan berteknologi tinggi demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
MISI
OBJEKTIF
Untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatan, Unit ICT HPG berpegang kepada objektif berikut

Emel Unit ICT :
Sambungan :
| Ts. Rizam HOD ICT | 1092 |
| Pn Ariena / ICT | 9214 |
| PN NURSYABIHAN / ICT | 9216 |
| En. Syafiq / ICT | 9213 |
| Pn. Aisyah / ICT | 9212 |
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit ICT HPG menawarkan rangkaian perkhidmatan teknikal yang menyeluruh:
|
Kategori Perkhidmatan |
Deskripsi Perkhidmatan |
|
Sokongan Aplikasi |
Penyelenggaraan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh (THIS) dan sistem sokongan utama Unit Teknologi Maklumat. |
|
Pengurusan Rangkaian |
Memastikan kestabilan talian internet, intranet (LAN/Wi-Fi), dan integrasi rangkaian MyGovNet serta keselamatan firewall. |
|
Bantuan Teknikal (Helpdesk) |
Khidmat sokongan first-level untuk perkakasan (PC, printer) dan perisian e-Kerajaan (HRMIS, e-Perolehan). |
|
Latihan & Kompetensi |
Menganjurkan latihan sistem aplikasi untuk kakitangan baharu dan kursus penyegaran (refresher) bagi memantapkan kemahiran ICT warga hospital. |
|
Keselamatan Siber |
Pemantauan keselamatan data, pengurusan antivirus, dan pematuhan Polisi Keselamatan Siber Kementerian Kesihatan Malaysia. |
|
Sokongan Multimedia |
Memastikan kelancaran sistem multimedia hospital bagi menyokong status sebagai Hospital Multimedia Perintis. |
8.00 pagi - 5.00 ptg
Isnin - Jumaat
Cuti - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
PIAGAM PELANGGAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kami berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional seperti berikut:
Slogan ICT HPG :
"DIGITALISASI MEMACU KELESTARIAN KESIHATAN"
PENGENALAN UNIT KEWANGAN
Unit Kewangan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Pasir Gudang yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia hal ehwal kewangan, perakaunan dan terimaan selaras dengan peraturan kewangan kerajaan, Arahan Perbendaharaan serta pekeliling yang berkuat kuasa bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
Visi:
Menjadi peneraju perkhidmatan kewangan, perakaunan dan terimaan yang cemerlang untuk mencapai objektif organisasi.
Misi:
Unit Kewangan komited untuk memastikan perkhidmatan pengurusan kewangan, perakaunan dan terimaan dilaksanakan dengan cemerlang melalui pemantapan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti.
Objektif:
Untuk mencapai pengurusan kewangan, perakaunan dan terimaan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Emel:
Nombor Sambungan: 9128
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah pengurusan kewangan, perakaunan serta kutipan hasil bersistem dan berinformasi seperti berikut :-
Pengurusan Dasar-dasar Kewangan
Pembayaran dan Kewangan Am
Pengurusan Belanjawan
Agihan peruntukan
Pemantauan Belanjawan
Pengurusan Hasil
Pengurusan Tunggakan Kutipan Hasil
Pengurusan Pengecualian Hasil
Isnin - Jumaat
Kewangan : 8.00am - 5.00pm
BDM/ Hasil : 8.00am - 6.00pm
Isnin - Ahad
Kaunter Hasil Kecemasan : 24 jam
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.