Pengenalan
PENGENALAN
Perkhidmatan Psikologi mula diperkenalkan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1980an. Pada masa itu, perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pegawai Ilmu Jiwa. Pada tahun 1993 jawatan Pegawai Ilmu Jiwa telah ditukar kepada Pegawai Rundingcara. Kemudian, pada tahun 1994 nama jawatan tersebut telah ditukar sekali lagi dan kali ini ianya telah dikenali sebagai Pegawai Kaunselor. Pada tahun 2007 sekali lagi skim ini mengalami transformasi, ekoran dari penyelarasan skim yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Transformasi pada kali ini telah menyebabkan nama skim ini ditukar kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi (Kaunseling/Psikologi Klinikal/ Psikologi Umum).
Perkhidmatan Psikologi di hospital telah diwujudkan buat pertama kalinya di bawah Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur sejak. 16 Oktober 1983 untuk membantu pesakit-pesakit psikiatri. Ini kemudiannya dikuti oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai di Tampoi, Hospital Ipoh, Hospital Alor Star, Hospital Kota Bharu, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak dan lain-lain hospital di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.Selaras dengan perkembangan semasa dalam menentukan arah dan halatujunya, Perkhidmatan psikologi tidak hanya diwujudkan di Jabatan Psikiatri sahaja, jawatan ini juga diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan hospital. Selain daripada itu, jawatan ini turut diwujudkan juga di institusi-institusi seperti Institut Pengurusan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di seluruh Malaysia.
Di Hospital Pasir Gudang, penempatan Pegawai Psikologi (Kaunseling) di Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Hospital telah bermula pada 1 Ogos 2025 dengan pengisian Jawatan Pegawai Psikologi (Kaunseling) S10. Seterusnya, Pegawai Psikologi S12 turut ditempatkan di unit ini dan telah dilantik sebagai Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling pada 20 Oktober 2025. Pelaksanaan perkhidmatan ini dibahagikan kepada empat fasa utama. Fasa 1, iaitu Pengambilan dan Persediaan Anggota Unit, yang telah bermula pada Ogos sehingga Oktober 2025. Fasa 2 melibatkan Penyediaan Infrastruktur dan Keperluan Unit, dilaksanakan pada Oktober sehingga November 2025. Fasa 3, iaitu Pra-Operasi (Pembangunan Polisi dan Prosedur Pengoperasian Perkhidmatan) dilaksanakan pada Disember 2025. Akhir sekali, Fasa 4, iaitu Pemantauan dan Penilaian Perkhidmatan, diadakan pada Februari 2026. Lokasi unit adalah di Pejabat Unit Psikologi Dan Kaunseling, Aras 1, Koridor Lobi Utama Hospital Pasir Gudang
Visi,Misi&Objektif
VISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan Psikologi Kaunseling yang profesional
MISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh Pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.
OBJEKTIF UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
1. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
3. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.
Carta Organisasi

Direktori
Emel:
Nombor Sambungan:8215
Perkhidmatan Kami
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KAUNSELING HOSPITAL PASIR GUDANG
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi pesakit, kakitangan, kanak-kanak, remaja, dan warga tua. Fokus kami adalah pembangunan, pencegahan, dan pemulihan melalui kaunseling, intervensi psikososial, dan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia.
Perkhidmatan Utama:
-
- Kaunseling Individu, Keluarga dan Perkahwinan & Kelompok – termasuk kaunseling perkahwinan, keluarga, kanak-kanak, remaja, dan warga tua.
- Kaunseling Khas – penyalahgunaan dadah, krisis, grief, trauma, perceraian, penderaan, HIV/AIDS, dan masalah mental.
- Intervensi Psikososial – ceramah, bengkel, seminar, dan Program Pengupayaan Kendiri.
- Ujian & Penilaian Psikologi – penilaian personaliti, emosi, motivasi, dan prestasi.
- Pengurusan Pegawai – membantu pegawai berprestasi rendah, mengalami tekanan atau masalah kewangan melalui intervensi bersepadu.
- Kaunseling & Psikoterapi – rawatan bagi kecelaruan mental, masalah emosi, dan perkembangan diri.
- Dokumentasi & Laporan – penyimpanan rekod, statistik, dan laporan aktiviti perkhidmatan.
Aplikasi Psikologi dalam Organisasi:
-
-
Penilaian Personel – membantu pengurusan memahami personaliti, emosi, dan prestasi pegawai.
-
Pembangunan Personel – meningkatkan motivasi, etika kerja, dan kemahiran mengurus isu psikologi.
-
Penyelidikan Psikologi – menilai permasalahan di tempat kerja untuk penambahbaikan pengurusan.
-
Intervensi & Pengupayaan – Program kaunseling, pementoran, dan pembimbing rakan sekerja untuk membantu pengurusan masalah secara efektif.
-
Waktu Operasi
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
-
-
Masa berjumpa Pegawai Psikologi adalah mengikut masa dan tarikh temujanji yang ditetapkan.
-
Waktu kerja Unit Psikologi Kaunseling adalah seperti di bawah:
-
|
HARI |
MASA (AM) |
MASA (PM) |
TUGAS |
|
ISNIN - KHAMIS |
9.00 am – 1.00 pm |
2.00 pm – 5.00 pm |
KES KAUNSELING |
|
JUMAAT |
9.00 am – 12.15 pm |
2.45 pm – 5.00 pm |
PENGURUSAN |
|
ISNIN - JUMAAT |
8.00 am- 9.00 am |
MASA PERSEDIAAN |
|
-
-
Pesakit atau Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan KHAS yang telah mula diedarkan sejak JANUARI 2025. Cuma borang yang telah LENGKAP diisi akan di terima dan didaftarkan. Borang yang tidak lengkap akan dikembalikan semula. Borang Rujukan adalah seperti berikut;
-
-
-
Tempoh tindakan menetapkan temujanji pertama dan urusan pendaftaran kes adalah seperti dibawah: (Melibatkan Proses Pendaftaran dan Menetapkan Temujanji berdasarkan Prosedur triage)
-
-
-
Dewasa : 3 hari bekerja dari tarikh rujukan.
-
Kanak-kanak : Ditetapkan selepas perbincangan dengan ibu bapa tetapi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
-
-
-
Sesi kaunseling dijalankan selama 30 minit hingga 60 minit .
-
Kaunseling mengutamakan kerahsiaan. Pegawai akan mendapatkan persetujuan termaklum (Consent) sebelum memberikan perkhidmatan. Maklumat pesakit dijaga sulit mengikut Akta Kaunselor 1998, kecuali jika perlu dilaporkan untuk keselamatan atau mengikut undang-undang.
-
Rujukan bagi kakitangan Kesihatan Hospital Pasir Gudang dilakukan melalui Borang Rujukan yang lengkap diisi oleh Pegawai Perubatan atau Ketua Jabatan yang merujuk. Bagi kakitangan yang hadir secara sukarela, Borang Rujukan akan diisi oleh Pegawai Psikologi yang mengendalikan sesi tersebut dan dicatat sebagai Kes Sukarela.
-
Klien yang tidak hadir pada tarikh temujanji pertama dan susulan akan dihubungi semula melalui panggilan telefon sebanyak 3 kali. Sekiranya klien masih lagi gagal hadir pada tarikh temujanji yang telah ditetapkan semula, maka kes dikira sebagai case-default. Selepas tiga kali gagal menghadiri sesi Kaunseling maka, kes tersebut akan ditamatkan.
-
Klien yang gagal datang pada tarikh dan masa temujanji atau lewat selama lebih dari 20-30 minit tanpa sebarang makluman akan diberikan temujanji yang baru.
-
Sebarang Penundaan Sesi Kaunseling akan dimaklumkan kepada klien dan klien juga perlu memaklumkan kepada pihak Unit Psikologi Kaunseling sekiranya ingin menukar temujanji sesi kaunseling.
-
Klasifikasi kes yang perlu diberi intervensi terus dengan kadar segera oleh Pegawai Psikologi ialah seperti berikut;
1. Kategori kes Krisis - Penderaan dan penganiayaan secara fizikal, mental dan seksual serta pengabaian termasuk kes OSCC, SCAN. 2. PFA - Bencana, Cubaan Bunuh Diri . 3. Grief – Kematian, kedukaan dan Kehilangan.
-
-
-
Tempat menjalankan sesi kaunseling;
-
|
KATEGORI KLIEN |
TEMPAT SESI KAUNSELING |
|
Stabil dari segi Tingkah Laku (Tidak Agresif), Boleh Berjalan seperti biasa, Berkerusi Roda atau Crutches. |
BILIK KONSULTASI PEJABAT UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING |
|
Bedridden, ibu baru bersalin yang mengalami komplikasi untuk berjalan, Pesakit di ICU dan Pesakit yang berisiko tinggi. |
Bedside counseling di wad yang merujuk. |
Lain-lain
Borang Rujukan Kaunseling https://drive.google.com/file/d/1OgWy-1qQGE4FlSrTbsMw_DGlTBPDhg-m/view?usp=drive_link