UNIT TERAPI CARA KERJA

Pengenalan

Unit Terapi Cara Kerja (UTCK), Hospital Pasir Gudang terletak di Aras 1, di bahagian belakang Klinik Ortopedik. Unit ini berkongsi ruang dengan Unit Fisioterapi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan rehabilitasi dapat dilaksanakan secara bersepadu, teratur dan sistematik.

Susun atur ruang terapi telah diatur mengikut fungsi perkhidmatan, di mana bilik-bilik terapi di bahagian hadapan menempatkan perkhidmatan Fisioterapi, manakala bilik-bilik di bahagian belakang dikhususkan untuk perkhidmatan Terapi Cara Kerja.

Bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang komprehensif, UTCK dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:

  • Bilik Terapi Pediatrik

  • Makmal Kemahiran Kognitif

  • Bilik Relaksasi

  • Bilik Splinting

  • Bilik Pressure Garment

  • Bilik Aktiviti Kehidupan Seharian (Activities of Daily Living – ADL) yang merangkumi ruang dapur dan bilik tidur

  • Bilik Kemahiran 1

  • Bilik Kemahiran 2

Unit Terapi Cara Kerja mula beroperasi bagi perkhidmatan pesakit dalam pada Oktober 2025, diikuti dengan pembukaan perkhidmatan pesakit luar pada November 2025. UTCK komited menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti bagi membantu pesakit mencapai tahap kefungsian optimum serta meningkatkan keupayaan mereka menjalani aktiviti harian secara lebih berdikari.

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menyediakan perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang komprehensif, penyayang, dan berpusatkan pesakit bagi membantu setiap individu mencapai tahap keberdikarian serta kualiti hidup yang optimum.

 

Misi:

Menyampaikan rawatan pemulihan yang berkesan berdasarkan amalan terbaik dan bukti saintifik (evidence-based practice) oleh tenaga profesional yang berdedikasi.

 

Direktori

Emel: Tiada

Nombor Sambungan: 1731

 

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan yang diberikan seperti berikut: 

 

  1. Terapi Cara Kerja di bidang Ortopedik

• Tangan dan anggota atas

• Kecederaan saraf tunjang

• Kecederaan saraf periferi

• Muskuloskeletal

• Amputasi

  1. Terapi Cara Kerja di bidang Psikitari dan Kesihatan Mental

• Adult Psychiatry

• Kanak-kanak dan remaja

• Psikogeriatrik

• Pemulihan Psikososial

  1. Terapi Cara Kerja di bidang Pediatrik

• Neurologi Pediatrik

• Neonatal

  1. Terapi Cara Kerja di bidang Perubatan Am

  2. Terapi Cara Kerja di bidang Neurologi

  3. Terapi Cara Kerja di bidang Pembedahan Am

  4. Terapi Cara Kerja di bidang Neurosurgery

  5. Terapi Cara Kerja di bidang Plastic and Reconstructive

  6. Terapi Cara Kerja di bidang Onkologi

  7. Terapi Cara Kerja di bidang Kardiak

  8. Terapi Cara Kerja di bidang Pain Management

 

 

 

Waktu Operasi

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

 

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, KKM sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan:

  1. Setiap klien akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang profesional, berkualiti dan selamat

  2. Setiap klien akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang sewajarnya mengikut keperluan pelanggan

  3. Setiap klien akan menerima penerangan yang jelas mengenai perawatan terapi cara kerja yang akan diterima

  4. Setiap klien akan dilihat dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran

  5. Setiap pesakit dalam baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh 24 jam

  6. Setiap pesakit luar baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja

  7. Setiap klien akan diberikan temujanji susulan mengikut keperluan dan dalam tempoh yang sesuai

  8. Setiap klien akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan-santun dan penuh rasa hormat

  9. Setiap maklumat klien akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak lain dengan keizinan seperti tertakluk di dalam undang-undang

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my

 
JUMLAH PELAWAT
004051
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang