PENGURUSAN
Sekiranya Berminat boleh hubungi Nombor telefon yang tertera untuk ...
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan mengan...
|
|
||||||||||||||
Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan perubatan bagi pesakit bayi dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Perkhidmatan pesakit luar merangkumi Klinik Pediatrik dan Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC), manakala perkhidmatan pesakit dalam terdiri daripada Wad Pediatrik, Wad Perawatan Rapi Bayi (NICU), Wad Perawatan Khas Bayi (SCN) serta Wad Perawatan Intensif Pediatrik (PICU/PHDU).
Klinik Pediatrik: Aras 2
Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC): Aras 4
Wad Perawatan Bayi (NICU & SCN) dan PICU/PHDU: Aras 3
Wad Pediatrik: Aras 5
Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5
Visi:
Untuk menjadi sebuah jabatan yang mesra, penyayang dan terhormat dalam memberikan penjagaan kesihatan pediatrik yang bertaraf, melalui promosi kesejahteraan; pencegahan dan rawatan pesakit; serta pemulihan kesihatan
Misi:
Untuk memberikan rawatan perubatan holistik yang berkualiti kepada pesakit serta ibu bapa atau penjaga mereka dengan mengamalkan konsep kerja berpasukan, komitmen, keprihatinan dan profesionalisme.
Objektif:
Memberikan perkhidmatan diagnostik, kuratif dan rehabilitatif yang sesuai, berkesan dan efisien kepada kanak-kanak serta mengembalikan mereka kepada tahap kesihatan optimum yang boleh dicapai dengan mengurangkan kesan jangka panjang penyakit yang dihadapi. Selain itu jabatan ini juga memperjuangkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak dalam komuniti dengan memperkasa ibu bapa/penjaga serta masyarakat melalui pendidikan kesihatan.
Jabatan Pediatrik menawarkan perkhidmatan:
Klinik Pakar Pediatrik
Wad Pediatrik
Wad NICU dan SCN
Bilik Pemakanan Bayi (Milk Kitchen)
Wad PICU/HDU
Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC)
KLINIK PAKAR PEDIATRIK
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Wad Pediatrik - 24 Jam
Jabatan Pembedahan Am menyediakan perkhidmatan pembedahan am bagi pesakit dewasa, termasuk Klinik Pakar Pesakit Luar, wad pembedahan lelaki dan perempuan untuk pesakit dalam, Pusat Endoskopi, Pusat Rawatan Harian Pembedahan, serta Dewan Bedah.
Klinik Pakar Pembedahan Am: Aras 2
Dewan Bedah: Aras 3
Pusat Endoskopi & Pusat Rawatan Harian Pembedahan: Aras 4
Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5
Visi:
Untuk menjadi satu pusat yang cemerlang dan selamat dalam memberikan perkhidmatan pembedahan am.
Misi:
Untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan holistik kepada pesakit. Kami juga berharap akan dapat melahirkan para doctor dan pakar bedah yang profesional , berintegriti serta kempeten di samping mengamalkan nilai-nilai etika yang baik serta nilai kerjasama berpasukan
Objektif:
Memberikan perkhidmatan yang efektif di peringkat yang optimal yang merangkumi diagnosis and rawatan awal di dalam persekitaran yang selesa dan meningkatkan taraf Kesihatan Masyarakat, serta memperkukuhkan slogan ‘safe surgery safe life’
Emel:
Nombor Sambungan
Klinik Pembedahan : 2311,1023
Pusat Endoskopi : 4111
Jabatan Pembedahan Am menawarkan perkhidmatan:
Klinik Pakar Pembedahan Am
Pesakit Dalam di Wad Pembedahan Lelaki dan Perempuan
Endoskopi di Pusat Endoskopi di dalam Pusat Rawatan Harian
Pembedahan di Dewan Bedah
Pembedahan rawatan harian melalui Pusat Rawatan Harian Pembedahan
KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN AM
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Wad Pembedahan Am - 24 Jam
Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) merupakan pusat rujukan bagi Hospital Tahap 2 yang menyediakan perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma secara 24 jam, termasuk rawatan pra-hospital serta rawatan kecemasan di hospital.
Jabatan ini bertanggungjawab memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit dengan matlamat menyelamatkan nyawa, memelihara fungsi tubuh, dan mencegah komplikasi. Selain itu, jabatan ini sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi insiden bencana yang melibatkan bilangan mangsa yang ramai.
Visi:
Perkhidmatan kecemasan yang efisien, penjagaan pesakit berkualiti, dan kebajikan staf yang terpelihara asas kecemerlangan perkhidmatan
Misi:
i. Menyediakan rawatan kecemasan yang cepat, tepat, dan berkualiti tinggi kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang.
ii. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif bagi menyokong kesejahteraan mental dan fizikal staf.
iii. Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui latihan berterusan, penggunaan teknologi, dan pematuhan kepada piawaian klinikal.
iv. Memupuk semangat kerja berpasukan di semua peringkat bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan perkhidmatan
Objektif:
i. Memastikan semua kes kecemasan menerima rawatan awal dalam tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan keutamaan klinikal.
ii. Meningkatkan kepuasan pesakit dan keluarga terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.
iii. Memastikan tahap kompetensi dan profesionalisme staf jabatan berada pada tahap optimum melalui latihan dan penilaian berkala.
iv. Mewujudkan sistem sokongan dalaman yang komprehensif bagi menjaga kesejahteraan mental dan fizikal petugas barisan hadapan.
v. Memperkukuh pengurusan sumber manusia dan logistik untuk menyokong kesinambungan operasi jabatan secara holistik.
Emel:
Nombor Sambungan: 1124
Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) menawarkan perkhidmatan:
Sistem Triage
Rawatan Klinikal Kecemasan
Perkhidmatan Subspecialty berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada rawatan rapi kecemasan, rawatan trauma kecemasan, toksikologi, dan toksinologi.
Rawatan Pra-Hospital dan Perkhidmatan Ambulans (PHCAS):
5. Latihan dan Pembangunan Profesional untuk kakitangan.
Bagi memenuhi keperluan kecemasan pesakit, Jabatan Kecemasan dan Trauma komited untuk memberikan rawatan yang cepat dan tepat berdasarkan Polisi EMTS 2012 serta Malaysian Triage Scale (MTS) 2022. Semua pesakit yang melalui kaunter triage primer akan dikategorikan seperti berikut:
Jika pesakit dikategorikan sebagai Resusitasi (Tahap 1), mereka akan diperiksa serta-merta oleh doktor.
Jika pesakit dikategorikan sebagai Kecemasan (Tahap 2), mereka akan diperiksa oleh doktor dalam tempoh 10 minit.
Jika pesakit dikategorikan sebagai Urgent / Segera (Tahap 3), mereka akan diperiksa dalam tempoh 30 minit.
Jika pesakit dikategorikan sebagai Early Care / Awal Rawatan (Tahap 4), mereka akan diperiksa dalam tempoh 60 minit.
Jika pesakit dikategorikan sebagai Rutin (Tahap 5), mereka akan diperiksa dalam tempoh 90 minit atau boleh dirujuk ke klinik pesakit luar.
Jabatan Perubatan Dalaman menyediakan perkhidmatan perubatan am bagi pesakit dewasa iaitu perkhidmatan Klinik Pakar untuk pesakit luar, wad perubatan lelaki dan perempuan untuk pesakit dalam, rawatan hemodialisis, serta Pusat Rawatan Harian Perubatan.
Klinik Pakar Perubatan Dalaman: Aras 2
Pusat Rawatan Harian Perubatan: Kompleks Pusat Rawatan Harian, Aras 4
Wad Perubatan Lelaki dan Perempuan: Aras 6 (kapasiti 56 katil)
Visi:
Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar yang berkualiti, selamat dan berkesan, berlandaskan profesionalisme, integriti dan inovasi untuk kesejahteraan rakyat.
Misi:
Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar yang efisien dan mesra pelanggan dengan menekankan kualiti, keselamatan dan keberkesanan rawatan; memelihara nilai profesionalisme dan integriti; serta memperkasakan inovasi demi kesejahteraan masyarakat.
Objektif:
Menyediakan rawatan pakar yang komprehensif dan berasaskan bukti kepada semua lapisan masyarakat.
Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan mesra.
Memastikan penggunaan sumber yang optimum bagi menjamin keberkesanan dan kelestarian perkhidmatan.
Memperkasa pembangunan kompetensi dan etika profesional dalam kalangan warga hospital.
Menyokong aktiviti penyelidikan dan pendidikan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Jabatan Perubatan Dalaman menawarkan perkhidmatan:
Rawatan pesakit dalam.
Klinik pakar perubatan.
Klinik subkepakaran lawatan dari Hospital Sultan Ismail.
Hemodialisis.
Rujukan ke hospital tertiary.
Perkhidmatan diagnostik.
Perkhidmatan pendidikan kesihatan (ie: diabetic educator counselling, TB counselling, RVD counselling, Heart Failure).
Klinik Pakar Perubatan Dalaman:
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Wad Perubatan Am - 24 Jam
Kami, warga Hospital Kerajaan, dengan penuh tanggungjawab dan komitmen berjanji untuk:
Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua pelanggan tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama atau status sosial.
Mengutamakan pelanggan dengan layanan yang sopan, mesra, berhemah dan profesional dalam setiap interaksi.
Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam tempoh yang munasabah, berdasarkan keperluan klinikal dan tahap keseriusan penyakit.
Menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan rekod perubatan pelanggan mengikut undang-undang dan etika profesional.
Memberi maklumat yang jelas, tepat dan mudah difahami berkaitan diagnosis, rawatan dan pilihan penjagaan kesihatan.
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.