Slide Image
Slide Image
Slide Image
WARGA HPG ORANG AWAM SWASTA

PENGURUSAN

Lagi

PERUBATAN I

Lagi

PERUBATAN II

Lagi
INTERDISCIPLINARY MANAGEMENT WORKSHOP FOR DYSPHAGIA

INTERDISCIPLINARY MANAGEMENT WORKSHOP FOR DYSPHAGIA

Sekiranya Berminat boleh hubungi Nombor telefon yang tertera untuk ...

DIABETES MALAYSIAN CONFRENCE 2026

DIABETES MALAYSIAN CONFRENCE 2026

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan mengan...

Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Pain Free

Sedang dikemaskini

Code Blue

Sedang dikemaskini

Pelan Tindakan Bencana

Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
WAKTU MELAWAT

Isnin - Ahad & Kelepasan Am

12.30 t/hari - 2.00 petang 
4.00 petang - 7.00 petang 
4.30 petang - 7.00 petang (Rawatan Rapi ICU)

Kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad untuk mengelakkan jangkitan silang (cross infection) & gangguan kepada pesakit

WAKTU KLINIK PAKAR
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari 
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari 
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
     PAUTAN

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik melalui Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik merupakan salah satu perkhidmatan khusus yang ditawarkan oleh Program Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan ini memberikan rawatan komprehensif kepada kanak-kanak, termasuk bayi, kanak-kanak prasekolah, murid sekolah, remaja serta kanak-kanak berkeperluan khas.

Perkhidmatan yang disediakan memberi tumpuan kepada pencegahan, diagnosis dan rawatan masalah pergigian pada kanak-kanak. Ini merangkumi rawatan karies gigi, trauma pergigian, masalah perkembangan gigi serta pengurusan pesakit yang memerlukan pendekatan khusus seperti rawatan di bawah sedasi atau bius am. 

Dengan kepakaran dan pendekatan mesra kanak-kanak, jabatan ini komited untuk memastikan kesihatan pergigian kanak-kanak berada pada tahap optimum sejak peringkat awal kehidupan.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik ini beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi Perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang mampu menyediakan rawatan kesihatan oral yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu dibayar semua lapisan masyarakat, lengkap dengan teknologi terkini dan berasaskan pesakit.

 

Misi:

Meningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak melalui promosi kesihatan oral dan penyediaan kesihatan oral yang:

  1. Dapat memenuhi keperluan pesakit.

  2. Mempunyai teknologi yang mencukupi dan terkini.

  3. Diberikan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesionalisme, bersikap prihatin dan mempunyai semangat bekerja secara berpasukan dan suasana kondusif.

 

Objektif: 

 

 

 

Direktori

Emel: 

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nombor Sambungan:1026 / 2611

 

 

Perkhidmatan Kami

 

Jabatan Pergigian Pediatrik menawarkan perkhidmatan rawatan kepada kanak-kanak berumur 0-16 tahun yang dirujuk:

  1. Rawatan oral dan pergigian kanak-kanak berkeperluan khas serta bermasalah perubatan, kelainan upaya fizikal dan/atau pembelajaran termasuk kanak-kanak mempunyai sindrom.

  2. Rawatan pembedahan mulut kanak-kanak (oral surgery).

  3. Rawatan perubatan mulut serta patologi mulut bayi dan kanak-kanak.

  4. Rawatan trauma pergigian (kecederaan pergigian dan tisu lembut) serta tulang rahang kanak-kanak.

  5. Rawatan serta rujukan "advanced dentisry" - restoratif kompleks.

  6. Pembentukan prothesis oro-fasial seperti "feeding plate" , "haemostatic splint", splint pelindung bagi bayi klef sumbing bibir/lelangit.

  7. Rawatan pergigian komprehensif dan pembedahan mulut di bawah bius am.

  8. Rawatan endodontik termasuk apeksifikasi atau revakularisasi gigi trauma atau akar tidak matang.

 

 

Waktu Operasi

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Piagam Pelanggan

Kewajipan Anggota Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Pasir Gudang

Kami sentiasa komited dan berusaha untuk memastikan bahawa:

  1. Semua pelanggan, khususnya kanak-kanak dan penjaga, dilayan dengan mesra, sopan dan cekap;

  2. Semua pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai perkhidmatan pergigian pediatrik yang disediakan;

  3. Semua pelanggan yang mempunyai janji temu berpeluang berjumpa dengan pegawai berkenaan dalam tempoh 15 minit dari masa yang ditetapkan.

Kewajipan Pelanggan

Pelanggan adalah diingatkan untuk:

  1. Membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan rawatan pergigian;

  2. Menepati masa janji temu yang telah ditetapkan atau memaklumkan kepada pihak jabatan sekiranya tidak dapat hadir;

  3. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab;

  4. Bekerjasama dengan memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap berkaitan masalah pergigian yang dihadapi oleh anak/pesakit.

 

JABATAN ORTOPEDIK

Pengenalan

  • Jabatan Ortopedik merupakan salah satu jabatan utama yang menyediakan perkhidmatan kepakaran trauma dan ortopedik am. Selain itu, jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub kepakaran dalam Foot & Ankle Surgery.

    Jabatan Ortopedik menerima rujukan kes-kes ortopedik dan trauma dari kawasan tengah dan timur Johor Bahru, khususnya dari Bandaraya Pasir Gudang. Bagi kes-kes subkepakaran Foot & Ankle Surgery, jabatan ini menerima rujukan daripada semua hospital kerajaan dan swasta di seluruh negeri Johor serta negeri Melaka.

     

Wad Pediatrik: Aras 5

Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

 

Misi:

Misi Jabatan Ortopedik, Hospital Pasir Gudang adalah melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan.

 

Objektif: 

  1.  
  2.  

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

 

 

Perkhidmatan Kami

 

Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan: 

  1. Pembedahan Ortopedik Am dan Trauma

  2. Servis Subkepakaran - Foot and Ankle Surgery

  3. Pesakit dalaman (In-Patient Care)

  4. Klinik Pakar Ortopedik & Trauma (Outpatient Care)

  5. Pembedahan (Pembedahan Elektif, Pembedahan Trauma, Pembedahan Kecemasan, Pembedahan Daycare)

 

 

Waktu Operasi

KLINIK PAKAR ORTOPEDIK

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Wad Ortopedik - 24 Jam

 

Piagam Pelanggan

Jabatan Ortopedik berazam dan beriltizam untuk memberi rawatan dalam bidang ortopedik kepada semua pesakit yang mempunyai masalah ortopedik berasaskan prinsip kerja dan wawasan yang digarapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Pengenalan

  • Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) merupakan pusat rujukan dan rundingan bagi pengurusan ibu hamil, ibu selepas bersalin yang berisiko tinggi, serta pesakit dengan masalah sakit puan. Jabatan ini dijangka beroperasi pada kadar tinggi selaras dengan kepadatan populasi di Pasir Gudang.

    • PAC (Patient Assessment Centre) & EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit): Aras 1

    • Klinik Pakar O&G: Aras 2

    • Dewan Bersalin: Aras 3, dilengkapi 12 bilik bersalin, 4 bilik pemantauan rapi, dan 2 Bilik Bedah Materniti

    • Pembedahan Ginekologi: Aras 3

    Wad O&G: Aras 4

Wad Pediatrik: Aras 5

Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi wujud sebagai jabatan yang dapat  memenuhi hak pelanggan berteraskan perkhidmatan yang profesional, cekap, selamat dalam suasana mesra dan harmoni.

 

Misi:

  1. Memberi dan menjamin tahap perkhidmatan yang selamat, berkesan dan bermutu tinggi kepada pesakit.

  2. Menuju ke arah Hospital Rakan Bayi dan “Pain Free Hospital”.

  3. Meneruskan program latihan yang mencukupi untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai tahap perkhidmatan yang bermutu tinggi.

 

Objektif: 

  1. Memastikan kes kecemasan Obstetrik dan Ginekologi diberi rawatan awal dalam masa 30 minit pendaftaran. (80 % sasaran)

  2. Sempena penjagaan mesra ibu dan ke arah status Hospital Rakan Bayi, digalakkan peneman “companionship“ menemani pesakit semasa bersalin mengikut syarat yang dibenarkan. (30% sasaran)

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

 

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Pediatrik menawarkan perkhidmatan: 

 

 

Waktu Operasi

KLINIK PAKAR OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Wad Obstetrik dan Ginekologi - 24 Jam

 

Page 3 of 4

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
JUMLAH PELAWAT
000434
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang