PENGURUSAN
Sekiranya Berminat boleh hubungi Nombor telefon yang tertera untuk ...
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan mengan...
|
|
||||||||||||||
Unit Kejururawatan menyediakan perkhidmatan penjagaan perawatan yang berkualiti kepada masyarakat sama ada sebagai pesakit dalam atau pesakit luar dengan selamat, berkesan, prihatin dan teratur serta selaras dengan perkhidmatan lain yang terdapat di Hospital Pasir Gudang
Visi:
Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kejururawatan yang profesional, beretika, berintegriti, selamat dan berorientasikan pesakit, serta komited dalam menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi berdasarkan bukti dan inovasi terkini.
Misi:
Unit Kejururawatan HPG komited untuk menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan menitikberatkan aspek keselamatan, profesionalisme dan kasih sayang dalam penjagaan pesakit.
Objektif:
Menyediakan penjagaan pesakit yang holistik dan berkualiti melalui pendekatan yang berpusatkan pesakit, dengan memberi perhatian kepada keperluan fizikal, emosi, mental dan sosial mereka untuk meningkatkan kualiti hidup dan pemulihan.
Menyokong organisasi dalam penjagaan kesihatan untuk mencapai matlamatnya dengan meningkatkan keberkesanan sistem penjagaan melalui pengurusan sumber yang cekap, pengoptimuman proses penjagaan, dan meningkatkan kerjasama antara profesional kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan berkesan dan berkualiti.
Memajukan pengetahuan dan kemahiran kejururawatan melalui Pendidikan berterusan, penyidikan dan latihan serta mengaplikasikan ilmu terkini dalam amalan klinikal untuk memastikan penjagaan yang selamat, berkesan dan berinovasi untuk pesakit.
Kejururawatan menawarkan perkhidmatan
Ketua Penyelia Jururawat Hospital adalah bertanggungjawab untuk memastikan Senarai Tugas bertulis untuk semua kategori jururawat disediakan sebagai rujukan.
Penerangan tugasan mestilah jelas kepada semua kakitangan dan diintegrasikan dalam Program Orientasi Kejururawatan.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital hendaklah memastikan semua kategori jururawat mempunyai senarai tugas untuk setiap syif Job Allocation.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital juga hendaklah memastikan semua kategori jururawat menyiapkan tugasan yang telah diarahkan.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital hendaklah menilai Pelan Pencapaian (Performance Plan) untuk semua kategori jururawat.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital adalah bertanggungjawab untuk memastikan tindakan penambahbaikan diambil terhadap staf yang gagal mencapai indikator pencapaian prestasi.
Pentadbiran kejururawatan hendaklah mempunyai pernyataan yang teratur tentang kuasa pentadbiran dengan menggariskan tugas dan tanggungjawab setiap kategori anggota kejururawatan.
Tugasan penjagaan kejururawatan untuk setiap anggota kejururawatan mestilah bersesuaian dengan kelayakan dan keperluan penjagaan yang telah dikenalpasti.
KLINIKAL
Tiga (3) syif bagi anggota kejururawatan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan penjagaan pesakit yang berterusan selama 24 jam.
BUKAN KLINIKAL
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Kami warga Unit Kejururawatan HPG komited memberikan perkhidmatan kejururawatan yang profesional, cekap, berkualiti dan mesra kepada pelanggan kami.
Kami komited untuk memastikan setiap pesakit menerima penjagaan yang terbaik demi kesejahteraan dan keselesaan mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji untuk:
Penyampaian Perkhidmatan Kejururawatan
Memberi perkhidmatan secara profesional dan mesra pelanggan, serta cekap dan selamat berdasarkan keperluan keutamaan pesakit.
Menyediakan penjagaan yang berteraskan kasih sayang, hormat, dan keprihatinan.
Memberi orientasi kepada semua jururawat yang baru melapor diri untuk memastikan mereka memahami polisi, prosedur, serta budaya kerja hospital bagi memberikan perkhdimatan yang berkualiti.
Masa Respons & Kecekapan
Memastikan setiap pesakit menerima pemeriksaan awal dalam tempoh 30 -1 jam selepas pendaftaran atau mengikut keutamaan.
Memberi maklum balas terhadap aduan atau pertanyaan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Pematuhan Piawaian dan Etika
Menjalankan tugas berdasarkan amalan kejururawatan yang terkini dan berlandaskan garis panduan profesional.
Mematuhi etika kerahsiaan pesakit dan ahli keluarga serta menjaga hak-hak pesakit dengan penuh tanggungjawab.
Penyelidikan dan Peningkatan Berterusan
Menyokong penyelidikan dalam bidang kejururawatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Melaksanakan audit dalaman berkala bagi memastikan keberkesanan prosedur kejururawatan.
Kolaborasi & Kemesraan Pelanggan
Sentiasa berusaha mewujudkan komunikasi dan kerja berpasukan yang baik antara pesakit, keluarga, dan pasukan perubatan.
Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga bagi memastikan kesinambungan penjagaan pesakit di rumah
Unit Dasar Perubatan Dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal menggubal dasar dan perancangan strategik, menyelaras perkhidmatan kesihatan, memantau dan mengaplikasikan kaedah perubatan terkini, serta merancang dan membimbing pembangunan sumber manusia dalam sektor kesihatan. Unit ini berperanan dalam mengenal pasti isu kualiti dan keselamatan, menetapkan dasar kualiti, serta memantau pencapaian kualiti perkhidmatan untuk memastikan tindakan penambahbaikan dijalankan, termasuk membangunkan polisi dan program yang bersesuaian.
Visi:
Menjadi peneraju dalam pembangunan dasar perubatan dan perancangan perkhidmatan klinikal yang bersepadu, inovatif dan berkualiti bagi memastikan sistem kesihatan hospital yang efisien, selamat dan mampan.
Misi:
Merangka dasar perubatan yang selaras dengan hala tuju dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menyelaras perancangan perkhidmatan klinikal agar menepati keperluan semasa, kapasiti hospital, serta jangkaan masyarakat.
Memastikan tadbir urus klinikal diperkukuh melalui pembangunan polisi operasi, garis panduan dan piawaian kualiti.
Menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan perkhidmatan untuk penambahbaikan berterusan.
Menggalakkan integrasi, koordinasi dan kolaborasi antara jabatan serta hospital dalam kluster bagi menjamin kesinambungan rawatan.
Menyokong inovasi dasar dan perkhidmatan sebagai asas kepada peningkatan mutu serta daya saing sistem kesihatan.
Objektif:
Merangka dan menyelaras dasar perubatan di peringkat hospital agar selaras dengan hala tuju dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Merancang, melaksana dan memantau perkhidmatan klinikal secara berkesan melalui pendekatan integrasi antara jabatan klinikal dan perkhidmatan sokongan.
Memastikan kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan melalui pengukuhan tadbir urus klinikal, pelaksanaan piawaian serta amalan berasaskan bukti.
Mengurus data kesihatan, Casemix dan pengekodan ICD untuk tujuan analitik, penyelidikan, penilaian prestasi dan perancangan sumber.
Menyokong perancangan sumber manusia klinikal bagi memastikan keseimbangan beban kerja, keberkesanan operasi dan kesinambungan perkhidmatan.
Membangunkan strategi perkhidmatan jangka pendek dan panjang yang berfokus kepada keperluan pesakit, keberkesanan kos, dan kelestarian hospital.
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan klinikal sebagai asas kepada peningkatan mutu perkhidmatan serta pembangunan pengetahuan baharu.
Memperkukuh sistem komunikasi dan koordinasi hospital-kluster bagi menjamin kesinambungan rawatan, kelancaran rujukan, dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan.
Emel:
Emel:
Nombor Sambungan: 1118
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.