HEBAHAN WEBINAR
Persatuan Pascasiswazah Optometris Malays...
HEBAHAN WEBINAR
Persatuan Pascasiswazah Optometris Malays...
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan mengan...
Johor Research Day 2026! Anjuran JKNJ bersama CRC Negeri Johor. Joh...
Hospital Mesra Ibadah (HMI)Sedang Dikemaskini Pain FreeSedang dikemaskiniEmergency CodePelan Tindakan BencanaSedang dikemaskini |
|
|
||||||||||||||
PENGENALAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Unit Komunikasi Korporat (UKK) Hospital Pasir Gudang berperanan mengurus penyebaran maklumat rasmi melalui pelbagai saluran komunikasi serta merancang strategi penyampaian maklumat yang tepat dan profesional, terutama semasa krisis.
UKK juga menjadi penghubung rasmi antara hospital dengan pihak Kementerian, agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat melalui program serta majlis rasmi.
Selain itu, UKK menyelaras pengurusan aduan awam menerusi SISPAA dan memastikan setiap maklum balas ditangani mengikut prosedur. Di samping itu, UKK mengurus perkhidmatan pelanggan termasuk panggilan telefon dan Kaunter Mesra Pelanggan bagi memastikan khidmat maklumat dan pandu arah yang efisien.
VISI
Menjadi nadi komunikasi yang menyokong kecemerlangan hospital melalui penyampaian maklumat berintegriti, kolaboratif dan berkesan demi kesejahteraan komuniti sepanjang hayat
MISI
Mengamalkan komunikasi yang berintegriti, penyayang dan profesional bagi menyokong kecemerlangan perkhidmatan Hospital Pasir Gudang.
Menyampaikan maklumat rasmi hospital dengan tepat, telus dan berintegriti melalui pelbagai saluran komunikasi.
Memperkukuh imej dan reputasi Hospital Pasir Gudang sebagai institusi kesihatan penyayang, profesional dan dipercayai.
Menjalin hubungan strategik dan kolaboratif dengan pihak dalaman serta luaran bagi memperkukuh jaringan komunikasi hospital.
Menyelaras pengurusan maklum balas awam secara cekap, mesra dan berhemah bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan komunikasi dan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi serta menyokong kecemerlangan perkhidmatan hospital.

Emel:
Nombor Sambungan: 9124/9125
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Seksyen Korporat
Seksyen Pengurusan Aduan
Seksyen Khidmat Pelanggan
WAKTU OPERASI
Seksyen Korporat & Maklum Balas Pelanggan
|
Hari |
Waktu Operasi |
Isnin - Khamis |
8:00 pagi – 1:00 petang Rehat 2:00 petang – 5:00 petang |
|
Jumaat |
8:00 pagi – 12:15 tengah hari Rehat 2:45 petang – 5:00 petang |
|
Sabtu, Ahad, Cuti Umum |
- |
Seksyen Khidmat Pelanggan (IP PHONE)
|
Hari |
Waktu Operasi |
Isnin - Khamis |
8:00 pagi – 1:00 petang Rehat 2:00 petang – 11:00 malam |
|
Jumaat |
8:00 pagi – 12:15 tengah hari Rehat 2:45 petang – 11:00 malam |
|
Sabtu, Ahad, Cuti Umum |
8:00 pagi – 3:00 petang |
Setiap hari |
Selepas 11 malam, PT di Kecemasan & BDM akan bertugas menjawab panggilan |
PIAGAM PELANGGAN
Menyampaikan maklumat rasmi hospital yang sahih, tepat dan mudah difahami kepada masyarakat.
Memberi layanan yang mesra, penyayang dan profesional kepada semua pelanggan yang berurusan dengan unit ini.
Mengurus setiap aduan, pertanyaan dan cadangan pelanggan dengan berhemah serta memberikan maklum balas mengikut kategori kompleksiti bagi kes biasa dalam tempoh tiga (15) hari bekerja bagi dan 16 hingga 365 hari bagi kes kompleks.
Menyebarkan hebahan dan informasi hospital secara beretika melalui pelbagai platform komunikasi digital dan media massa.
Memastikan imej dan reputasi Hospital Pasir Gudang sentiasa terpelihara melalui komunikasi yang berintegriti, kolaboratif dan berkesan.
LAIN-LAIN
Borang Lawatan
Borang Program Sumbangan
Borang Program/Aktiviti HPG
Lampiran G
Borang Aku Janji Pengurusan Aduan
Seksyen Khidmat Pelanggan
Borang Speed Dial
Pautan Kemaskini EXT
Unit Perkembangan Profesion bertanggungjawab mengawal selia standard profesionalisme dan memastikan kesejahteraan Pakar serta Pegawai Perubatan di peringkat hospital. Unit ini berperanan utama dalam menguruskan pendaftaran profesional dan kebenaran klinikal (C&P), memantau kemajuan kerjaya melalui latihan kepakaran dan pewartaan, serta menyelaras pembangunan modal insan yang kompeten.
Bagi menjamin kelestarian perkhidmatan, unit ini melaksanakan surveilan proaktif melalui saringan awal kesihatan mental dan fizikal bagi mengenal pasti risiko keupayaan bertugas, serta menyelaras langkah bantuan termasuk pelarasan skop kerja dan urusan Lembaga Perubatan. Selain itu, unit ini membangun dan menyelenggara pangkalan data maklumat anggota secara terpusat bagi tujuan pemantauan profil klinikal, integrasi data perkhidmatan, serta rujukan strategik dalam perancangan sumber manusia hospital.
Visi: Menjadi pusat tadbir urus klinikal dan pembangunan profesion yang unggul dalam memastikan setiap Pakar dan Pegawai Perubatan sentiasa kompeten, beretika, dan mempunyai keupayaan yang optima untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
Misi:
Mengawal selia semua aspek pendaftaran profesional dan pemberian autoriti klinikal bagi memastikan amalan perubatan adalah sah di sisi undang-undang serta selamat untuk pesakit.Memperkasakan pembangunan kerjaya dan latihan kepakaran anggota melalui sistem pengurusan yang sistematik, telus, dan adil.
Melaksanakan surveilan kesejahteraan anggota secara proaktif melalui saringan awal tahap kesihatan fizikal dan mental bagi menjamin keupayaan bertugas yang optima.
Menyelaras langkah-langkah sokongan pentadbiran serta kebajikan bagi anggota yang dikenal pasti mempunyai kekangan keupayaan bertugas (fitness to practise).
Membangun dan menyelenggara pangkalan data maklumat anggota perubatan yang komprehensif dan tepat bagi tujuan perancangan sumber manusia serta keperluan audit kualiti hospital.
Objektif:
Memastikan 100% Pakar dan Pegawai Perubatan mempunyai pendaftaran MMC/NSR serta lesen amalan (APC) yang sah sebelum dibenarkan menjalankan tugas klinikal.
Menyelaras pemberian kebenaran klinikal (Clinical Privileging) secara berperingkat supaya setiap prosedur dilakukan mengikut tahap kemahiran yang telah diverifikasi.
Memantau pematuhan mata CPD dan membantu urusan pegawai yang layak untuk melanjutkan pengajian kepakaran mengikut unjuran keperluan hospital.
Menilai laporan kesihatan anggota secara berkala dan menyelaras urusan Lembaga Perubatan (Medical Board) bagi pegawai yang mempunyai masalah kesihatan kronik atau menjejaskan penugasan.
Memastikan pangkalan data maklumat pegawai sentiasa dikemaskini bagi tujuan pemantauan prestasi, perancangan strategik, dan keperluan audit organisasi.
Emel:
Nombor Sambungan: 1117
Isnin - Khamis
8:00 Pagi – 1:00 Petang
1.00 Ptg - 2.00 Petang (Rehat)
2:00 Petang – 5:00 Petang
Jumaat
8:00 Pagi – 12:15 Tengah Hari
12.15 Tengah Hari - 2.45 Petang (Rehat)
2:45 Petang – 5:00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Alamat:Hospital Pasir GudangJalan Puncak 1,81700 Pasir Gudang,Johor Darul Ta'zim.No Tel : 07-298 1000Emel :
|
EKSA HPGSelaras dengan usaha memperkukuhkan budaya kerja berkualiti, kondusif dan profesional, Hospital Pasir Gudang kini telah memulakan
Kempen EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) sebagai langkah memperkasakan persekitaran kerja yang lebih sistematik,
selamat dan ceria.
Melalui infografik yang disediakan, warga hospital dapat memahami dengan lebih jelas mengenai:
Budaya EKSA bukan sekadar tentang kebersihan, tetapi mencerminkan disiplin, imej profesional serta komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan komuniti.
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan EKSA dalam tugasan harian demi mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif, selamat dan harmonis.

MemoPermohonan Penjawat Awam Menjalankan Kerja Luar
Pemakluman Arahan Pematuhan Senarai Semak Tuntutan
Edaran Spesifikasi Teknikal Hospital Performance Perkara Indicators For Accountability (HPIA) dan KPI Technical Spesifikasi Klinikal Clinical Services Quality Indicators (CLISQ)2026
Muat Turun Dokumen
Muat Turun Unit Teknologi Maklumat
Muat Turun Jabatan Farmasi
Muat Turun Unit Psikologi & Kaunseling
Sedang dikemaskini
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.