HEBAHAN WEBINAR
Persatuan Pascasiswazah Optometris Malays...
HEBAHAN WEBINAR
Persatuan Pascasiswazah Optometris Malays...
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Diabetes Malaysia akan mengan...
Johor Research Day 2026! Anjuran JKNJ bersama CRC Negeri Johor. Joh...
Hospital Mesra Ibadah (HMI)Sedang Dikemaskini Pain FreeSedang dikemaskiniEmergency CodePelan Tindakan BencanaSedang dikemaskini |
|
|
||||||||||||||
|
PERLINDUNGAN DATA Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
KESELAMATAN STORAN Semua storan eletronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. |
|
PRIVASI ANDA Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL Tiada maklumt peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN ? Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web ini terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
PINDAAN DASAR Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu. Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. |
PENGENALAN UNIT KESELAMATAN
Unit Keselamatan Hospital Pasir Gudang merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, manakala kakitangan yang ditempatkan adalah Pegawai Kader daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (CGSO). Unit ini secara dasarnya bertanggungjawab memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/Bahagian/Unit mengenai aspek keselamatan perlindungan di hospital selaras dengan dasar, piawaian dan keperluan keselamatan yang ditetapkan dalam Arahan Keselamatan (semakan dan pindaan 2017) dan Akta Rahsia Rasmi 1978 (Akta 88) serta pengurusan berkaitan perkhidmatan kawalan keselamatan.
VISI
Memacu peranan Unit Keselamatan ke arah profesionalisme, integriti dan cekap sebagai pusat pengurusan keselamatan perlindungan Hospital Pasir Gudang selaras dengan Arahan Keselamatan, pekeliling Kementerian dan visi hospital.
MISI
Memberi perkhidmatan profesional, berintegriti dan berakauntabiliti untuk memastikan keselamatan, kelancaran operasi dan suasana yang selamat di Hospital Pasir Gudang
OBJEKTIF
1. Memastikan keselamatan fizikal, dokumen, peribadi dan ICT sentiasa terlindung daripada sebarang ancaman melalui kawalan yang sistematik dan berkesan.
2. Menjamin kehadiran, kesiapsiagaan dan kompetensi pengawal keselamatan yang boleh diharapkan serta mampu melaksanakan tugas secara profesional.
3. Mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan keselamatan.
4. Membangunkan kakitangan yang cemerlang, berdisiplin dan berdaya saing melalui latihan berterusan serta amalan penyampaian kerja berkualiti.
5. Memastikan tadbir urus keselamatan yang teratur, efisien dan berintegriti bagi memperkukuh imej hospital sebagai sebuah fasiliti yang selamat dan profesional.

Emel:
Nombor Sambungan: 9911/9912
PERKHIDMATAN UNIT KESELAMATAN
SEKSYEN PENTADBIRAN
SEKSYEN OPERASI
WAKTU OPERASI
|
HARI |
WAKTU OPERASI |
|
Isnin-Khamis |
8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari 1.00 Tengah Hari – 2.00 Petang (Rehat) 2.00 Petang – 5.00 Petang |
|
Jumaat |
8.00 Pagi – 12.15 Tengah Hari 12.15 Tengah Hari – 2.45 Petang (Rehat) 2.45 Petang – 5.00 Petang |
|
Sabtu, Ahad, Cuti Umum |
Tutup |
PIAGAM PELANGGAN UNIT KESELAMATAN
Kami beriltizam untuk:
1. Menyediakan kawalan keselamatan secara menyeluruh selama 24 jam sehari, termasuk rondaan berjadual dan tidak berjadual bagi memastikan keselamatan warga hospital, pesakit dan aset sentiasa terjamin.
2. Memberi respon segera terhadap setiap makluman kecemasan dalam tempoh 10 minit, melaksanakan tindakan bantu mula dalam tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan awal kejadian dalam masa 24 jam.
3. Memastikan keselamatan perlindungan fizikal, dokumen, peribadi dan ICT dipatuhi mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, Arahan Keselamatan dan pekeliling berkaitan, termasuk pengawalan akses dan pematuhan prosedur keselamatan.
4. Menjalankan siasatan awal terhadap sebarang aduan atau insiden keselamatan dalam masa 24 jam, serta mengemukakan laporan susulan yang lengkap kepada pihak pengurusan dalam tempoh 7 hari.
5. Menyelenggara, memeriksa dan memastikan peralatan serta sistem keselamatan seperti CCTV, akses pintu dan kelengkapan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dan berkesan.
6. Meningkatkan kesedaran dan budaya keselamatan melalui hebahan, latihan dan pendidikan keselamatan kepada warga kerja dan orang awam bagi mengurangkan risiko insiden keselamatan.
LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
Borang Permohonan Kad Akses
Borang Permohonan Pelekat Kenderaan
Borang Permohonan Rakaman CCTV
HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my
PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.