Jabatan Anestesiologi

Perkhidmatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal, HPSF, Muar merangkumi perawatan peri anestesia, perawatan kritikal pesakit dan juga Klinik Kesakitan Akut (APS). Jabatan ini mempunyai 3 unit kecil bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan taraf penjagaan yang ditetapkan.

  1. Dewan Bedah (DB) yang terdiri daripada Dewan Bedah Utama (DBU), Dewan Bedah Modular (DBM) dan Dewan Bedah Minor yang telah ditukar nama ke Dewan Prosedur Harian (DPH).
  2. Unit Rawatan Kritikal “ Intensive Care Unit (ICU) ” dan Unit Separa Kritikal “High Dependency Ward (HDW)”, yang telah dinaik taraf ke Unit Rawatan Kritikal (ICU 2).
  3. Klinik Anestesia atau “Patient Anaesthetic Clinic” (PAC) dan Klinik Kesakitan Akut atau “Acute Pain Service (APS)”.

            Dewan Bedah Utama (DBU) dan Unit Rawatan Kritikal (ICU), terletak di aras satu (1) bangunan diagnostik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Jabatan ini mula beroperasi pada 5 September 1999. Manakala Dewan Bedah Modular (DBM) adalah bangunan baru, juga terletak di aras satu (1), mula beroperasi pada 1 Oktober 2020. ICU 2, pula terletak di Blok Cengal dan mula beroperasi pada tahun 2006. Lokasi Klinik Anestesia dan Klinik Kesakitan Akut (APS) berada di hadapan Dewan Bedah Utama bangunan diagnostik aras satu (1).

            Dewan Bedah Utama mempunyai empat (4) bilik bedah yang beroperasi sepenuhnya bagi kes-kes pembedahan elektif dan terdapat satu bilik bedah yang berfungsi 24 jam bagi kes-kes kecemasan.  Dewan Bedah Modular pula mempunyai dua (2) bilik bedah. Kami juga memberi khidmat di Dewan Prosedur Harian di bangunan lama. Ini  mencakupi kes-kes minor yang  tidak memerlukan kemasukkan pesakit ke wad dan  prosedur dilakukan di bawah pembiusan setempat.

            ICU di HPSF mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2000 dan ia mempunyai lapan (8) katil. Manakala ICU 2 pula mempunyai sepuluh (10) katil, yang mana ia dirasmikan pada 13 October 2003. Buat masa ini hanya empat (4) katil digunakan disebabkan oleh kekangan kakitangan. Unit Rawatan Kritikal (ICU) memberi rawatan intensif kepada pesakit kritikal yang perlu pemantauan teliti samaada dari wad atau pun dewan bedah.

            Klinik Anestesia menyediakan konsultasi dalam mengoptimalkan keadaan pesakit dari semua aspek sebelum pembedahan elektif.  Penerangan akan diberikan berkenaan pembiusan yang akan dijalankan pada hari pembedahan dan juga prosedur blok yang akan diberi pada ketika itu, jika diperlukan. Konsultasi akan diberikan oleh pakar, pegawai perubatan dan jururawat terlatih. Selain daripada itu, perkhidmatan kesakitan akut (APS) juga disediakan bagi menangani kes kesakitan selepas pembedahan dan merawat kesakitan yang melampau. Pesakit Obstetrik boleh mendapatkan perkhidmatan epidural ketika bersalin kerana perkhidmatan  “Obstetric Analgesia Service (OAS)” ada disediakan di HPSF, sejajar dengan pengiktirafan HPSF sebagai Hospital Bebas Kesakitan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan pembiusan, rawatan intensif dan juga perkhidmatan berkaitan yang berkualiti selaras dengan taraf penjagaan yang ditetapkan.
  • Meningkatkan kesedaran dikalangan pesakit dan waris tentang pembiusan dan peranan Doktor Anestesia dalam rawatan dan pemulihan pesakit.
  • Mengadakan “Continuous Professional Development (CPD)” untuk staff di Jabatan termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Penolong Pegawai Perubatan dan Perawat Pembantu Kesihatan, kerana kami percaya aktiviti CPD ini akan menyumbang kepada penjagaan pesakit yang lebih berkualiti dan cemerlang.
  • Menggalakkan semangat kerja berpasukan secara profesional antara staff di dalam jabatan.
  • Mengadakan aktiviti peningkatan kualiti supaya menjadi alat untuk meningkatkan taraf perkhidmatan jabatan.

VISI

Visi kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi rawatan pembiusan, perkhidmatan intensif, rawatan kesakitan dan semua yang berkaitan komuniti dengan menggabungkan pelbagai disiplin klinikal yang lain di hospital ini secara holistik dan insani dengan pesakit sebagai fokus selaras dengan konsep HPSF Muar sebagai Hospital Bebas Kesakitan.

 Objektif

  • Memastikan setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan diberi kaedah pembiusan yang selamat dan berkesan, disamping mengurangkan insiden komplikasi sebelum, semasa dan selepas pembiusan.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan kritikal kepada semua pesakit yang memerlukannya dengan profesional dan berkualiti.
  • Memastikan skala kesakitan pesakit semasa dalam perawatan di HPSF umumnya dan Jabatan Anestesia khususnya adalah kurang daripada 4 sejajar dengan pengiktirafan HPSF Muar sebagai Hospital Bebas Kesakitan.

Piagam pelanggan

DEWAN BEDAH
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang
dan berkualiti.
1. Penangguhan kes elektif selepas pre-operative assessment di Klinik Anestesia tidak melebihi 5%.
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkaitan prosedur anestesia yang akan diberi sebelum,semasa dan selepas pembedahan dijalankan termasuk risiko dan pilihan lain.
3. Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberi kepada pesakit adalah dijamin.
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan

UNIT RAWATAN RAPI(ICU)
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
1. Pemantauan kadar jangkitan Ventilator associated pneumonia (VAP) pesakit yang diventilasi selepas 48 jam adalah tidak melebihi 10 kes per 1000 hari diventilasi.
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
3. Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberi kepada pesakit adalah dijamin.
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan.

KLINIK ANESTESIA & KLINIK AKUT KESAKITAN(APS)
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang
dan berkualiti.
1. Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor di mana 90% pesakit akan dilihat
oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
2. Penangguhan kes elektif selepas pre-operative assessment di Klinik
Anestesia tidak melebihi 5%.
3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkaitan prosedur anestesia yang akan diberi sebelum,semasa dan selepas pembedahan dijalankan termasuk risiko dan pilihan lain.
4. Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberi kepada pesakit adalah dijamin.
5. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan

 Perkhidmatan

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal menyediakan perkhidmatan yang luas untuk prosedur dan perawatan yang melibatkan pelbagai disiplin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Skop perkhidmatan kami termasuk :

  1. PERKHIDMATAN DEWAN BEDAH

            1.1 Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan elektif (termasuk pembedahan hari Sabtu) dan Kecemasan

            1.2    Perkhidmatan anestesia untuk prosedur di luar dewan       bedah (remote area) seperti MRI yang memerlukan  pembiusan penuh atau sedation di Jabatan Radiologi.

              1.3  Perkhidmatan di Dewan Prosedur Harian bagi kes-kes minor yang tidak memerlukan pembiusan penuh (GA) 

  1. KLINIK ANESTESIA & KLINIK KESAKITAN AKUT (APS)

             2.1       Klinik anestesia menyaring (screen) dan mengurus pesakit yang akan menjalani pembedahan atau prosedur.

            2.2       Pesakit akan dioptimalkan dan diberi penerangan di Klinik anestesia tentang    teknik anestesia yang akan diberikan termasuk regional block jika diperlukan.

            2.3       Rawatan akut selepas kesakitan juga disediakan dan memastikan tahap kesakitan pesakit adalah kurang daripada empat (4).

           2.4       Perkhidmatan pengurusan kesakitan akut bagi kes yang bukan pembedahan jika terdapat rujukan contohnya kes trauma.

          2.5       Perkhidmatan epidural semasa bersalin Obstetric Analgesia Service (OAS) juga ada disediakan bagi perawatan kesakitan akut.

  1.     UNIT RAWATAN KRITIKAL (ICU & ICU 2)

         3.1       Mengurus dan merawat pesakit yang kritikal dan perlu pemantauan yang teliti di ICU & ICU 2.

         3.2       Membantu mengurus pesakit yang kritikal di wad-wad sementara menunggu kemasukan ke unit rawatan kritikal dan pesakit kritikal yang tidak memenuhi kriteria kemasukan.

 

Untuk maklumat lanjut, klik disini

Scroll to Top