Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang saya ucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga kerja yang terlibat dalam penghasilan Laman Web Rasmi ini.
Seiring Dengan Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini, HPSF Muar tidak terkecuali dari arus perkembangan tersebut. Dengan itu, wujudlah Laman Web Rasmi HPSF Muar yang akan menjadi salah satu mekanisme perhubungan yang dapat meningkatkan sistem penyampaian maklumat serta keberkesanan menyalurkan informasi dengan cepat, mudah dan tepat kepada para pelanggan, warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan anggota HPSF sendiri. Disamping itu, penggunaan sumber juga dapat dioptimumkan dan pembaziran masa dapat dikurangkan.