Jabatan Dermatologi
Informasi
Jabatan Dermatologi terletak di Bangunan Poliklinik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar di Aras 1, Kaunter 17 bersebelahan dengan Klinik Pakar Psikiatri.
Dr. Chia Jian Qin merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Dermatologi bagi Jabatan Dermatologi. Beliau mula menjadi Ketua Jabatan Klinik Pakar Kulit, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada tahun 2024. Beliau juga merupakan pakar atas lawatan bagi Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Segamat.
SUMBER MANUSIA
JAWATAN | BILANGAN |
Pakar UD15 | 1 |
Pegawai Perubatan UD14 | 1 |
Pegawai Perubatan UD10 | 2 |
Penolong Pegawai Perubatan U5 | 2 |
Pembantu Perawatan Kesihatan U1 | 3 |
Misi
Memberikan perkhidmatan rawatan Dermatologi yang bermutu tinggi dengan cekap, berkualiti dan berkesan kepada pesakit luar dan pesakit dalam.
Visi
Mewujudkan sebuah jabatan yang menjadi mercu tanda dalam perkhidmatan kesihatan berkaitan dermatologi dan dalam membimbing kecemerlangan insan.
Objektif
- Untuk mengurangan kesakitan atau kesusahan sosial/kosmetik, morbiditi dan mortaliti dan kehilangan produktiviti yang berkaitan dengan pesakit kulit, kusta dan penyakit kelamin.
- Untuk mengurangkan kejadian penyakit kusta dan penyakit kulit melalui :
- Pendidikan kesihatan dan khidmat nasihat kepada pesakit.
- Untuk memberitahu pegawai kesihatan yang berkenaan di daerah kes-kes yang perlu dimaklumkan dari segi undang-undang
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
- Masa menunggu untuk dirawat oleh Doktor. Sasaran : 90% pesakit dirawat dalam masa 90 minit.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
Perkhidmatan
1.1 Rawatan penyakit kulit, kelamin, kusta dan kaunseling.
1.2 Rawatan `Day Care’: Skin biopsy, cryotherapy, electrocautery, intralesional injection dan laser.
1.3 Pembelajaran berterusan (CME): ‘In-house training’ dan penganjuran kursus untuk anggota dan di klinik-klinik kesihatan.
Dasar Perkhidmatan
a) Berfungsi sebagai klinik pakar rujukan dan memberi rawatan Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada semua golongan pesakit dengan sistem temujanji kecuali kes kecemasan/segera
b) Pesakit akan discaj mengikut Perintah Fee 1982 dan pekeliling bayaran semasa
c) Rekod/kad pesakit akan disediakan sehari sebelum klinik
d) Semua rekod pesakit akan dirahsiakan
e) ‘Minor procedures’ akan dijalankan di bilik rawatan/bilik pembedahan kecil
f) Pemeriksaan pesakit wanita oleh doktor lelaki akan ditemani oleh seorang anggota wanita
g) ‘Walk in clinic’ untuk pesakit kelamin (sexual transmitted infection)
h) Rawatan wad untuk kes-kes yang memerlukan rawatan segera.
i) Rujuk kes-kes yang bermasalah lain daripada penyakit kulit kepada unit rawatan lain seperti unit perubatan dan pembedahan mengikut keperluan kes-kes penyakit kulit yang memerlukan rawatan berlanjutan seperti Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kes-kes barah kulit akan dirujuk ke unit khas seperti Pembedahan Plastik dan unit O