Hospital Mesra Ibadah

Informasi

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keperluan penjagaan spiritual pesakit dikenalpasti dan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (healthcare provider).

Pada Mac 2011, Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah dilaksanakan yang merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris pesakit yang beragama Islam.

Misi

Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental & rohani

Visi

Menjadikan esok lebih baik dari hari ini

Objektif

Memastikan pesakit Muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan

Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai Fiqh Ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas 

Keperluan Pelaksanaan HMI

  • Pesakit memerlukan bimbingan spiritual dalam keadaan tahap kesihatan dan emosi mereka yang terjejas.
  • Melalui kajian Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) mendapati bahawa kira-kira 40% pesakit tidak dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna.
  • Pesakit bukan sahaja didedahkan dengan panduan ibadah dalam keadaan sakit tetapi juga diberi bimbinan spiritual untuk menghadapi kerungsingan atau ketika tenat.
  • Program HMI mendapat reaksi positif dari orang ramai yang menyifatkan program ini adalah langkah yang baik untuk membantu pesakit melaksanakan ibadah

 

 

 

 

Scroll to Top