Page 123 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 123
JABATAN PERUBATAN FORENSIK
PENGENALAN
Jabatan ini telah ditubuhkan seawal tahun 1970-an untuk melengkapi institusi kesihatan yang kian berkembang pada
masa itu. Ia adalah salah satu (1) cawangan daripada Institut Perubatan Forensik Negara dan merupakan pusat rujukan
bagi hospital di Negeri Johor. Jabatan ini bertempat berhampiran dengan Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah Johor Bahru.
VISI MISI
Memberi perkhidmatan forensik yang cemerlang, Jabatan Perubatan Forensik akan menyediakan
profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana perkhidmatan forensik yang cemerlang, dinamik,
pihak dengan berlandaskan kepada peruntukan yang menggunakan teknologi terkini dengan warga kerja
ada di dalam undang-undang negara dan sistem yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan
pengurusan berkualiti. dan kepuasan pelanggan berteraskan budaya kualiti
kerja berpasukan dan profesionalisme.
OBJEKTIF
Jabatan Perubatan Forensik bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan seperti:
1. Meningkatkan taraf perubatan forensik di Malaysia bagi menyokong sistem perundangan di Negara ini.
2. Menyediakan perkhidmatan forensik yang menyeluruh dengan memberikan perkhidmatan forensik yang
bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
3. Mewujudkan kemahiran dan kecekapan dalam kalangan kakitangan perubatan dan pengkhususan bagi
mengendalikan kes-kes medikolegal yang lebih efektif.
4. Memberikan khidmat nasihat, khidmat pakar dan pengendalian mayat yang lebih cekap dan mahir.
5. Meningkatkan taraf perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi baharu untuk membanteras
jenayah.
6. Menjalankan kaji selidik dan mempromosikan penyelidikan dalam bidang perubatan forensik dan sains forensik
untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang menyeluruh.
7. Mengadakan hubungan inter dan intra jabatan yang terlibat dengan masalah forensik.
FUNGSI JABATAN
1 . Perkhidmatan Asas Mortuari
• Penerimaan jenazah dari dalam hospital (dalam dan luar waktu pejabat) dan dari luar hospital.
• Penyimpanan sementara jenazah
• Penyerahan jenazah kepada waris
• Pengurusan jenazah yang tidak dituntut
• Pengurusan Amputated Limb
119

