Page 119 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 119
JABATAN BEDAH MULUT
PENGENALAN
Klinik Bedah Mulut telah ditubuhkan pada 1950 di General Hospital Johor Bahru (kini HSAJB) di mana Dr. Abdul Karim
Nawab Din merupakan doktor Pakar Bedah Mulut yang terawal di Negeri Johor.
Bermula 2016, Klinik Bedah Mulut telah menukar nama kepada Klinik Pakar Oral dan Maksilofasial. Ini kerana
perkembangan dari segi perkhidmatan yang diberikan yang bukan tertumpu kepada pergigian sahaja tetapi juga meliputi
rawatan berkaitan masalah tulang rahang dan muka. Ini termasuk kes-kes kanser mulut dan rawatan pembedahan
rekonstruksi tulang rahang.
VISI MISI
Untuk menjadi pusat kecemerlangan yang Kami sebagai kumpulan professional yang
menyediakan perkhidmatan pembedahan mulut bertanggungjawab, penyayang dan dinamik akan
yang berkualiti dengan memberi keutamaan kepada bersama dengan masyarakat untuk menyediakan
pesakit melalui proses kerja yang cemerlang, perkhidmatan berkualiti bagi memperbaiki status
bertanggungjawab, positif dan progresif dalam kesihatan mulut dan maksilofasial pesakit.
persekitaran yang kondusif.
OBJEKTIF
• Menjadi pusat kecemerlangan dalam kes-kes bedah mulut dan maksilofasial
• Memberi rawatan yang terbaik dan efektif kepada pesakit
FUNGSI JABATAN
Menyediakan dan memberikan perkhidmatan berikut kepada kes-kes rujukan:
• Rawatan pergigian
• Rawatan pembedahan kecil gigi geraham bongsu
• Rawatan implant gigi
• Rawatan patologi mulut
• Rawatan kanser oral
• Rawatan trauma maksilofasial
• Rawatan maksilofasial prosthesis
• Rawatan ortognathic surgery
• Perkhidmatan forensik pergigian
115

