Page 163 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 163

JABATAN PENDIDIKAN PESAKIT






         PENGENALAN


         Jabatan Pendidikan Pesakit adalah salah sebuah Jabatan Bukan Sokongan Klinikal. Perkhidmatan pendidikan pesakit
         adalah  satu  perkhidmatan  penting  dalam  pengurusan  pesakit-pesakit  terutama  pesakit  yang  menghidap  penyakit
         kronik seperti Diabetes, Asma, Darah Tinggi dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Pesakit Hospital Sultanah Aminah,
         Johor  Bahru  (HSAJB)  terletak  di  JKR  938  Jalan  Mahmoodiah  iaitu  bersebelahan  dengan  bangunan  Tabung  Darah
         HSAJB. Jabatan Pendidikan Pesakit (JPP) diterajui oleh seorang Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S48,
         Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41, dan seorang Pereka Grafik B22. Jabatan ini bermatlamat untuk
         menyediakan  perkhidmatan,  perkongsian  pintar,  sokongan  dan  penggalakan  bagi  program  dan  aktiviti  pendidikan
         pesakit serta promosi kesihatan.

         Kini  Jabatan  Pendidikan  Pesakit  telah  dinaiktaraf  menjadi  Wellness  Hub  Hospital  Sultanah  Aminah  Johor  Bahru
         (HSAJB). Wellness Hub adalah fasiliti yang menyediakan perkhidmatan yang menyokong pembudayaan hidup sihat
         dan kelestarian untuk kesejahteraan kesihatan. Wellness Hub menawarkan pelbagai pakej kesihatan yang memberikan
         banyak manfaat kepada komuniti serta anggota kesihatan di HSAJB.



            VISI                                               MISI


           Menjadi sebuah pusat sumber pendidikan pesakit      Untuk menyediakan perkhidmatan sokongan bagi
           yang menyediakan peluang dan saluran penyampaian    perlaksanaan program dan aktiviti-aktiviti pendidikan
           maklumat pengurusan pesakit secara berkesan         pesakit di hospital melalui:
           kepada pengguna.                                    •   Penyebaran  dan  penyampaian  maklumat  yang
                                                                  wajar, tepat serta sesuai kepada pesakit dan ahli
                                                                  keluarganya serta masyarakat bagi meningkatkan
                                                                  pengetahuan  dan  kesedaran  mereka  tentang
            OBJEKTIF                                              kepentingan  menguruskan  penyakit    dengan
                                                                  berkesan.
                                                               •   Sokongan  dan  dorongan  untuk  menimbulkan
           •   Untuk  meningkatkan  dan  mengekalkan  status      kesediaan pesakit dan ahli keluarganya mengubah
               kesihatan pesakit melalui pengurusan penyakitnya   sikap dan amalan mereka secara sukarela.
               dengan berkesan.                                •   Penerapan  nilai-nilai  dan  amalan  cara  hidup
           •   Untuk menyediakan pesakit dan keluarga pesakit     sihat dalam kehidupan seharian pesakit dan ahli
               dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang       keluarganya.
               bersesuaian    agar  mereka  dapat  memainkan
               peranan secara aktif.












                                                                                                           159
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168