Page 164 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 164

FUNGSI JABATAN


      Peranan JPP HSAJB adalah bertanggungjawab ke atas:-
      •   Pengukuhan Program Pendidikan Pesakit dan perkhidmatannya di HSAJB;
      •   Mengadakan aktiviti bina upaya dalam bidang pendidikan pesakit bagi anggota HSAJB;
      •   Pengukuhan promosi kesihatan seperti Kempen Cara Hidup Sihat, dan sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan;
      •   Pembangunan dan penyelidikan dalam bidang pendidikan pesakit.


      PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


      •   Pengendalian Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Hospital (PKBM)
      •   Menjalankan aktiviti sempena Sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan
      •   Mengendalikan kelas-kelas pendidikan pesakit seperti Diabetes, Hipertensi, Asma dan Renal.
      •   Menguruskan penerbitan, perolehan, pengedaran dan simpanan bahan-bahan pendidikan pesakit
      •   Menyediakan bahan-bahan pameran pendidikan pesakit untuk dipamerkan di jabatan / wad dan di dalam kawasan
          hospital.
      •   Menyelaras maklumat penjagaan kesihatan melalui teknologi maklumat / media sosial.
      •   Pakej Pemakanan Sihat
      •   Pakej Minda Sihat
      •   Pakej Senaman & Aktiviti Fizikal
      •   Pakej Pengurusan Berat Badan (IFitEr)



      LAPORAN & PENCAPAIAN AKTIVITI TAHUN 2022



      A . PROGRAM KELAS PENDIDIKAN PESAKIT



      Aktiviti kelas pendidikan pesakit berdasarkan empat (4) protokol utama tidak dapat dilaksanakan sepanjang pandemik
      COVID-19.  Semua penyampaian maklumat diberikan secara maya dan di laman media sosial sahaja. Bagi tahun 2022
      kelas pendidikan kesihatan Bersepadu Diabetes telah dijalankan secara virtual.


                    Kelas Bilangan             Kelas Yang Dijalankan       Bilangan Kehadiran Ke Kelas
                                                                                   Pendidikan
                      DIABETES                           6                         82 ORANG





      B . PROGRAM PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK 2022


      Klinik Berhenti Merokok khas untuk pesakit dalam berisiko tinggi mula beroperasi pada bulan November 2011 di JPP
      HSAJB. Bagi mencapai sasaran 30% Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kesihatan Malaysia, klinik telah dibuka
      setiap hari iaitu Ahad hingga Khamis dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pencapaian PKBM sepanjang tahun 2022
      adalah seperti berikut :-


       160
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169