Page 178 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 178

FUNGSI JABATAN


       Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital
       •   Mengurus dan menjalankan pemeriksaan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak konsesi berpandukan
          garis panduan yang telah ditetapkan.
       •   Menyemak dan mengesahkan yuran bulanan syarikat konsesi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Validasi (VCM).
       •   Memastikan keenam-enam perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah mematuhi perjanjian dan
          garis panduan yang telah ditetapkan.
       Khidmat Nasihat Teknikal
       •   Menyediakan laporan nasihat teknikal yang betul dan tepat kepada pengguna berkenaan sesuatu sistem atau
          peralatan.
       •   Memastikan nasihat teknikal yang disampaikan dipatuhi oleh pengguna bagi menjamin keselamatan pesakit dan
          kakitangan khususnya.


       Pelaksana Dan Pemantau Projek Pembangunan Dan Perolehan Bekalan
       •   Membantu Unit Pembangunan dalam penyediaan spesifikasi bagi perolehan kerja dan pemantauan kerja.
       •   Membantu Unit Perolehan dalam penyediaan spesifikasi bagi perolehan bekalan.
       •   Menjalankan penilaian teknikal bagi perolehan kerja dan bekalan ke atas dokumen-dokumen tender / sebut harga.
       •   Bekerjasama dengan badan-badan teknikal lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR)  dan Jabatan Pengairan dan
          Saliran (JPS) dalam memberikan maklumat dan pandangan bagi memastikan projek yang dilaksanakan mematuhi
          dan memenuhi kehendak pengguna di hospital.

       LAPORAN & PENCAPAIAN AKTIVITI TAHUN 2022

       SUSTAINABILITY PROGRAMME


       Sustainability  Programme  merupakan  satu  program  kerjasama  antara  Hospital  Sultanah  Aminah  Johor  Bahru  dan
       syarikat konsesi iaitu Medivest Sdn. Bhd. yang telah dinyatakan pada perjanjian konsesi bermula pada 1 April 2015.
       Syarikat konsesi diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tiga (3) program utama ini pada setiap tahun iaitu:



       A . ENERGY MANAGEMENT (EM)

       Beberapa aktiviti utama berkaitan pengurusan tenaga telah dilaksanakan pada tahun 2023. Antaranya adalah seperti
       berikut:

       •   Aktiviti penggantian sejumlah 2,612 unit lampu kalimantang konvensional kepada lampu kalimantang jenis LED di
          Bangunan Poliklinik.
       •   Aktiviti penggantian sejumlah 42 unit penghawa dingin pelbagai kapasiti di hospital.
       •   Energy  Management  Awareness  Talk  juga  telah  diadakan  pada  13  Julai  2022  untuk  meningkatkan  kesedaran
          kepada kakitangan hospital mengenai pengurusan tenaga.

















       174
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183