Page 180 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 180

UNIT KUALITI





         PENGENALAN


         Unit  Sekretariat  Kualiti  mula  ditubuhkan  pada  tahun  2005.  Berdasarkan  kepada  Surat  Bahagian  Perkembangan
         Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 35 dalam KKM bertarikh 30 Januari semua hospital utama dikehendaki
         menubuhkan Sekretariat Kualiti QAP.  Sehubungan dengan itu, peningkatan Unit Kualiti HSAJB telah dipergiatkan
         semula pada awal tahun 2006, selaras ke arah persediaan dalam pengiktirafan dengan dipengerusikan oleh Pengarah
         Hospital dan dianggotai oleh semua ketua-ketua Jabatan, pakar-pakar dari pelbagai jabatan klinikal dan sokongan.




           VISI                                               MISI


           Sebagai pusat yang unggul yang menyediakan         Berusaha meningkatkan kemahiran profesionalisma
           perkhidmatan rawatan yang berkualiti tinggi        dan produktiviti rakyat mencapai aspirasi negara.
           disamping menjadi pusat rujukan dan pusat latihan
           untuk wilayah selatan.



          OBJEKTIF

          Unit Kualiti bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan seperti:

          1.   Membentuk data asas untuk aktiviti peningkatan kualiti (Quality Improvement) di hospital awam di Malaysia,
             meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti.
          2.  Mengenalpasti  masalah  dalam  struktur  kualiti  serta  sumber  manusia  dan  mewujudkan  langkah-langkah
             perbaikan untuk program Jaminan Kualiti (QAP).



       FUNGSI JABATAN


       1 . PENGURUSAN DATA AKTIVITI-AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI
       •   Pengurusan-pengurusan data KPI/HPIA (Key Performance Indicator  / Hospital performance for Accountability)
       •   Pengurusan data MPSG (Malaysian patient Safety Goals)
       •   Pengurusan data Incident Reporting
       •   Pengurusan pengumpulan data POMR (Pre-Operative Mortality Review)
       •   Pengurusan pengumpulan data kematian Pra-Matang
       •   Pengurusan pengumpulan data Objektif kualiti Hospital
       •   Pengurusan pengumpulan data Replikasi Inisiatif QA
       •   Pengurusan pengumpulan data Inisiatif QA








       176
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185