Page 187 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 187
8 . PENGURUSAN PENGUMPULAN DATA INISIATIF QA
BIL AKTIVITI
1 Pengurusan pengumpulan data Inisiatif QA
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1 . MS ISO 9001:2015
i. Jawatankuasa Kalibrasi hospital
• Merancang kalibrasi thermometer dan penimbang berat bersama jawatankuasa
• Membuat perancangan dan surat menyurat
ii. Jawatankuasa Pemantauan Syarikat Konsesi Hospital
• Membuat proses kerja bagi memudahkan end user memantau perkhidmatan Medivest di lokasi
masing-masing
iii. Pendaftaran borang-borang yang digunakan di setiap jabatan
• Proses pendaftaran borang baharu dan kemaskini borang sedia ada.
2 . PENSIJILAN MS ISO 9001:2015
i. Kesedaran
• Memastikan tahap kesedaran staf HSAJB adalah ≥ 80% berkenaan versi baru dan pengurusan risiko.
ii. Penyediaan Manual Prosedur Kerja bersama pengurusan risiko jabatan-jabatan .
• Memberi konsultasi dan menyemak Manual Prosedur Kerja bersama pengurusan risiko jabatan-jabatan.
iii. Audit Dalaman MS ISO 9001:2015
• Melatih dan membuat jadual auditor dalaman dan lokasi audit.
• Merancang dan memastikan aktiviti audit dalaman berjalan dengan lancar.
• Memastikan tindakan pembetulan dijalankan di lokasi-lokasi dengan berkesan.
iv. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
• Merancang dan menguruskan MKSP.
• Memaklumkan pembentang dan memeriksa pembentangan adalah lengkap dengan tindakan
pembetulan dan cadangan penambahbaikan.
v. Audit SIRIM - Menghubungi SIRIM QAS bagi penjadualan Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi
memastikan aktiviti audit berjalan dengan lancar
• Menghubungi SIRIM QAS bagi penjadualan Audit pemantauan SIRIM
• Memastikan aktiviti audit berjalan dengan lancar
• Membuat pelan tindakan pembetulan bagi NCR dan OFI di jabatan/unit yang terlibat serta menghantarkan
jawapan tindakan pembetulan kepada SIRIM untuk kelulusan.
• Memastikan tindakan pembetulan bagi NCR dan OFI dijalankan oleh unit terlibat dengan berkesan.
183

