Page 202 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 202
UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
PENGENALAN
Unit Kesihatan Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (UKPKP) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mula
beroperasi sejak tahun 2014. UKPKP HSAJB menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran
hospital, kesihatan pekerjaan dalam kalangan staf dan surveilan penyakit berjangkit serta promosi kesihatan. Kesemua
aktiviti ini dijalankan berdasarkan akta-akta seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Makanan 1983 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994.
VISI MISI
Ke arah kakitangan dan pelanggan yang sihat, Untuk memberikan perkhidmatan kesihatan
selamat dan produktif. pekerjaan yang berkualiti dan komprehensif di
hospital melalui pelbagai program pencegahan
dan kawalan penyakit, kecederaan atau kecacatan
yang disebabkan oleh interaksi antara manusia dan
pekerjaan.
OBJEKTIF
1. Menjalankan program promosi kesihatan yang khusus mengikut keperluan persekitaran kerja bagi
meningkatkan tahap kesihatan pekerja.
2. Menyediakan langkah-langkah pencegahan yang berkesan terhadap persekitaran tempat kerja.
3. Mengenalpasti dan mencari penyelesaian bagi semua penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan.
4. Memberi pendidikan kesihatan dan menanamkan nilai kesedaran kepada pihak majikan dan pekerja mengenai
tanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan.
5. Memastikan persekitaran yang sihat melalui pemantauan berterusan.
FUNGSI JABATAN
• Menguruskan aktiviti Program Surveilan yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan kesihatan
pekerjaan dan kesihatan persekitaran.
• Menguruskan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mengikut keperluan undang-
undang dan kementerian.
• Merancang dan melaksanakan pemeriksaan dan saringan kesihatan dalam kalangan kakitangan kesihatan
mengikut keperluan undang-undang.
• Merancang dan melaksanakan program pengurusan bahan kimia dalam hospital.
198

