Page 203 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 203

•   Mengadakan  latihan  /  bengkel  /  seminar  serta  pendidikan  kesihatan  berkaitan  kesihatan  pekerjaan  kepada
             kakitangan hospital.
          •   Pengurusan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di hospital.
          •   Menyimpan dan mengemaskini segala data berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh pegawai kesihatan
             persekitaran.



          PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


          1 . PERKHIDMATAN KLINIK STAF

          •   Menjalankan klinik staf setiap hari bekerja, bermula 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
          •   Membuat rujukan ke klinik pakar bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar.
          •   Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan terutamanya bagi tujuan naik pangkat atau menyambung
             pengajian.
          •   Perkhidmatan pengeluaran dan pengesahan sijil cuti sakit bagi kakitangan yang kurang sihat.

          2 . PERKHIDMATAN KLINIK SEJAHTERA

          •   Membuat pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan hasil dari saringan
             kesihatan.
          •   Perkhidmatan menyambung preskripsi ubat.
          •   Membuat rujukan kaunseling diet bagi kakitangan yang memerlukan.
          •   Membuat rujukan kepada kaunselor bagi kakitangan yang memerlukan.
          •   Perkhidmatan rujukan fisioterapi atau pemulihan cara kerja kepada kakitangan yang memerlukan.
          •   Perkhidmatan rujukan ke klinik pakar jika memerlukan pemeriksaan lanjutan.


          3 . PERKHIDMATAN SARINGAN KESIHATAN

          •   Membuat pemeriksaan kesihatan seluruh kakitangan hospital.
          •   Merujuk ke klinik sejahtera bagi kakitangan yang didapati gagal dalam saringan kesihatan.
          •   Memberi ceramah berkaitan ‘hazard’ di tempat kerja.
          •   Membuat saringan minda “DASS SCORE” dan membuat rujukan bagi kakitangan yang memerlukannya.
          •   Merujuk kakitangan yang merokok ke Klinik Berhenti Merokok (KBM) di bawah Jabatan Pendidikan Pesakit.
          •   Program Imunisasi Hepatitis B, Typhoid, Influenza dan COVID-19 untuk kakitangan.


          4 . PERKHIDMATAN SARINGAN TUBERKULOSIS

          •   Menjalankan program saringan Tuberkulosis untuk semua kakitangan terutamanya yang bertugas di kawasan
             berisiko tinggi.
          •   Merujuk kakitangan yang suspek penyakit Tuberkulosis.
          •   Membuat saringan kontak rapat di jabatan terlibat jika kakitangan dijangkiti penyakit Tuberkulosis.














                                                                                                           199
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208