Page 257 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 257
Beban Kerja Aktiviti Stem Cell Transplant HSAJB 2016-2022
A) Autologous Stem Cell Transplant (AutoSCT)
TAHUN BILANGAN PESAKIT YANG MENJALANI AUTOSCT
2016 4
2017 29
2018 20
2019 30
2020 19
2021 32
2022 35
Jumlah 169
B) Allogeneic Stem Cell Transplant (AlloSCT)
TAHUN BILANGAN PESAKIT YANG MENJALANI ALLOSCT
2020 4
2021 8
2022 6
Jumlah 18
UNIT ENDOKRINOLOGI
Unit endokrinologi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) bermula pada bulan Januari 2010. Ia merupakan
pusat rujukan untuk pesakit diabetes & endokrinologi bagi seluruh Johor. Kes- kes yang dikendalikan adalah penyakit
diabetes yang bermasalah, penyakit thyroid, adrenal dan pituitari.
FUNGSI UNIT ENDOKRINOLOGI
1. Perkhidmatan rawatan kepakaran endokrinologi HSA mengendalikan kes-kes diabetes & endokrinologi di Klinik
Pakar Perubatan. Klinik ini dijadualkan tiga (3) kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Rabu dari jam 8 pagi hingga
1 tengah hari.
2. Bermula tahun 2016, satu lagi klinik di buka iaitu T1DM. Semua pesakit Type 1 akan dimasukkan slot pada hari
Ahad jam 2 petang hingga 5 petang setiap minggu kecuali minggu ke lima.
3. Pakar endokrinologi juga mengendalikan klinik di Hospital Sultan Ismail, bersama Endokrin Surgeri 2 bulan sekali
iaitu pada hari Rabu minggu terakhir dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
4. Pakar endokrinologi juga mengadakan lawatan setiap dua bulan sekali pada minggu pertama ke Hospital Batu
Pahat dan Hospital Kluang, Johor. Setiap bulan pada hari Khamis hujung bulan ke Hospital Kulai.
5. Unit endokrinologi juga bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Nuklear dalam mengendalikan pesakit-pesakit
hyperthyroid untuk rawatan radioaktif iodin.
6. Untuk perkhidmatan pesakit dalaman, pesakit adalah berada di wad-wad perubatan dan juga rujukan dari jabatan
lain.
253

