Page 254 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 254
PEROLEHAN ASET ENDOSKOPI OLEH UNIT GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI
Bil Aset Model Bilangan Tarikh perolehan
1. Olympus Exera III video system center CV-190 1 unit 25 Ogos 2022
2. Olympus Exera III Xenon light source CVL-190 1 unit 25 Ogos 2022
3. Sony 27” Medical full HD LCD monitor LMD-2735MD 1 unit 25 Ogos 2022
4. Olympus Exera III Gastro videoscope GIF-H190 1 unit 25 Ogos 2022
5. Olympus Gastrointestinal videoscope GIF-H170 1 unit 25 Ogos 2022
6. Endoscopic CO2 regulation unit UCR 1 unit 25 Ogos 2022
7. Olympus Gastrointestinal therapeutic videoscope GIF-1TH190 1 unit 25 Ogos 2022
8. Vital sign monitor with SPO2, NIBP with stand NC3 4 unit 24 Nov 2022
UNIT HEMATOLOGI
Perkhidmatan klinikal hematologi adalah satu perkhidmatan subkepakaran di bawah Jabatan Perubatan Hospital
Sultanah Aminah (HSAJB). Unit hematologi merawati kes-kes leukemia, lymphoma dan juga penyakit hematologi yang
bukan kanser di seluruh negeri Johor. Staff yang bertugas di unit Hematologi termasuk 5 pakar klinikal hematologi
iaitu Dr Lim Soo Min, Dr Azizan Sharif, Dr Boo Yan Liang, Dr Christopher Liam, Dr Wong Yih Seong manakala Dr
Vivian Choon merupakan trainee subkepakaran hematologi tahun pertama. Selain itu unit hematologi juga dibantu oleh
empat (4) orang pegawai perubatan secara rotasi setiap empat (4) bulan dan juga dua pegawai perubatan siswazah
secara rotasi setiap dua minggu daripada Jabatan Perubatan. Unit hematologi mempunyai jururawat seramai dua puluh
lima (25) orang, dan lima (5) daripadanya telah memperolehi sijil post basic oncology dan diketuai oleh dua (2) orang
nursing Sister iaitu Sister Rahayu dan juga Sister Sarhayu. Di samping itu, satu (1) pegawai farmasi iaitu Cik Goh Jiet
Hui ditugaskan di wad/klinik hematologi untuk mengendali ubat kemoterapi. Rawatan perkhidmatan hematologi boleh
dihubungi melalui nombor telefon 07-225700 sambungan 2649 (wad hematologi), 2508 (daycare hematologi), 2699
(Klinik hematologi) dan juga mobile 010-4537935.
WAD HEMATOLOGI
Wad hematologi bertempat di tingkat satu bangunan wad hematologi. Nombor katil yang sedia ada telah ditambah
kepada 30 termasuk 8 katil daripada wad CRE. Jumlah kemasukan pesakit pada tahun 2022 ialah seramai 934 pesakit.
250

