Page 329 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 329
WAD ISOLASI JABATAN O&G
Terdapat 10 buah katil rawatan serta 3 buah katil bersalin ditempatkan disini. Bilik-bilik ini digunakan bagi menempatkan
kes-kes yang dirujuk dan kes kemasukan positif sehingga tamat tempoh kuarantin yang wajib atau sehingga selamat
untuk menghabiskan tempoh kuarantin dirumah. Anggota yang bertugas disini adalah secara giliran dari wad-wad
jabatan O&G. Setiap syif akan dipantau oleh seorang Ketua Jururawat yang bertugas secara giliran.
WAD WAD DI JABATAN O&G
Terdapat 3 Wad di Jabatan O&G iaitu :
1. Wad Timur 3 ( Antenatal berisiko tinggi / postnatal )
2. Wad Ginekologi ( Kelas 2 dan Kelas 3 )
3. Pusat Bersalin (antenatal)
WAD TIMUR 3
Wad ini terletak diaras 3 Bangunan Induk yang menempatkan sebanyak 86 buah katil rasmi. Wad ini terbahagi kepada
3 bahagian , adakalanya kapasiti pesakit boleh mencecah sehingga 100 lebih pesakit dalam satu masa. Wad ini
menempatkan pesakit postnatal dan kes antenatal untuk pembedahan dan juga kes-kes berisiko tinggi seperti Plasenta
Praevia yang memerlukan pemerhatian rapi.
PETUGAS WAD TIMUR 3
325

