Page 334 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 334
UNIT LAKTASI
AKTIVITI HOSPITAL RAKAN BAYI
1. KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU
• Kaunselor bertanggungjawab dalam memberikan khidmat tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara menyusukan
bayi dengan teknik yang betul kepada para ibu tentang cara menyusukan bayi dengan teknik yang betul secara
individu. Selain itu, para ibu akan diberikan khidmat nasihat yang efisien dan berkesan bagi memastikan para ibu
faham dan boleh mengendalikan penyusuan ibu secara praktikal di rumah.
2. KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU

3. CERAMAH PENYUSUAN SUSU IBU
• Ceramah diadakan pada setiap hari Ahad dan Rabu di Klinik SCOG secara berkumpulan. Tujuan ceramah adalah
bagi menanamkan semangat para ibu supaya dapat bersiap sedia dalam menjalani Penyusuan Susu Ibu selepas
bayi dilahirkan.
4. KURSUS PENGURUSAN LAKTASI 20 JAM, 40 JAM DAN ULANGAN
• Kursus melibatkan staf di Wad Obstetrik dan Paediatrik serta jabatan-jabatan lain yang berminat untuk mendalami
ilmu Penyusuan Susu Ibu.
5. SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU
• Sambutan Minggu Penyusuan disambut pada setiap 1-7hb Ogos mengikut tema yang ditetapkan. Antara aktiviti
yang dijalankan pada hari tersebut seperti pameran, kuiz dan penyampaian hadiah kepada ibu yang berjaya.
6. KLINIK KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU
• Klinik Penyusuan Susu Ibu bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang mengalami masalah dalam pengendalian
menyusui bayi.
• Ibu yang tidak melalui proses kehamilan dan kelahiran (ibu angkat) juga akan diberikan khidmat tunjuk ajar dalam
Penyusuan Susu Ibu.
PENCAPAIAN
JUMLAH PESAKIT YANG DATANG KE KLINIK DARI LUAR HOSPITAL
JANUARI HINGGA DISEMBER 2022: 15 ORANG
Bil Jenis kedatangan / Masalah Jumlah kedatangan Catatan
1. Induced lactation 5 orang Berjaya :3 orang
-Anak angkat
2. Nipple confius 1 orang Berjaya
3. Block duct 3 orang Berjaya
4. Relactation 2 orang Berjaya
5. Engorgement 3 orang Berjaya
6. Inverted nipple 1 orang Berjaya
330