Page 343 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 343

JABATAN RADIOLOGI






         PENGENALAN


         Jabatan Radiologi di HSAJB menyediakan perkhidmatan radiologi di tiga (3) lokasi statik iaitu Jabatan Induk, Jabatan
         Kecemasan dan Trauma (ED) dan Bangunan Poliklinik. Perkhidmatan Radiologi Satelit juga disediakan di dewan bedah,
         semua wad, Jabatan Urologi, Wad Rawatan Rapi Neuro dan Dewan Bedah Neuro. Perkhidmatan Intervensi Radiologi
         juga telah mula disediakan di Jabatan Radiologi, HSAJB.




            VISI                                              MISI


            Visi Jabatan Radiologi adalah untuk menjadi Jabatan   Misi Jabatan pula adalah untuk memberikan
            yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti      perkhidmatan radiologi dan pengimejan terapiutik
            berasaskan teknologi terkini bersesuaian dengan   kepada pelanggan dengan menitikberatkan aspek
            persekitaran yang selamat.                        keselamatan, profesionalisma dan kerja berpasukan.




            OBJEKTIF


            Menyedia dan memastikan pengimejan diagnostik dan prosedur terapiutik diberi dengan cepat, tepat dan selamat





         FUNGSI JABATAN


         Jabatan  Radiologi  merupakan  satu  jabatan  sokongan  klinikal  untuk  perkhidmatan  radiologi  bagi  Hospital  Sultanah
         Aminah, Johor Bahru. Ia merupakan satu jabatan yang berperanan penting dalam pengendalian pesakit untuk membantu
         membuat diagnosis yang cepat dan tepat melalui pengimejan perubatan. Di samping itu, Jabatan Radiologi HSAJB juga
         menyediakan perkhidmatan prosedur intervensi seperti biopsy, nephrostomy, embolization dan lain-lain.



         PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
         Memberi  khidmat  pengimejan  diagnostik  dan  kepakaran  radiologi  kepada  pelbagai  disiplin  perubatan  di  HSAJB.
         Menerima kes rujukan dari Hospital Daerah dan Klinik Kesihatan dalam Negeri Johor. Perkhidmatan radiologi yang
         ditawarkan di HSAJB ialah:

         1.   Radiografi Am (Jabatan Induk, Jabatan Kecemasan, Bangunan Poliklinik)
         2.  Mobile radiografi (satelit di semua wad, Jabatan Forensik)
         3.  Mobile c-arm (satelit di dewan bedah)
         4.  Fluroskopi
         5.  Mammografi
         6.  Magnetic Resonance Imaging (MRI)
                                                                                                           339
   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348