Page 361 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 361

LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA BUDAYA KORPORAT

          Jawatankuasa Budaya Korporat di peringkat Jabatan Patologi mempunyai seramai 19 orang ahli yang telah dilantik dari
          pelbagai unit di Jabatan Patologi. AJK ini diketuai oleh seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang setiausaha dan
          bendahari. Setiap ahli akan diagihkan kepada beberapa jawatankuasa kecil yang lain iaitu seperti AJK Makanan, AJK
          Keceriaan dan Peralatan, AJK Publisiti, AJK Keagamaan dan AJK Sukan yang akan bekerjasama dalam melaksanakan
          semua aktiviti budaya korporat di peringkat jabatan.

          Jawatankuasa Budaya Korporat bertanggungjawab:-

          1)  Menyelaras aktiviti kualiti di peringkat Jabatan Patologi seperti Kajian Kepuasan Pelanggan dan sebagainya.

          2) Memastikan semua anggota mengamalkan disiplin yang baik semasa menjalankan tugas.

          3) Menyelaras pelbagai aktiviti budaya korporat di peringkat Jabatan Patologi untuk mengeratkan lagi silaturahim
              dalam kalangan anggota di samping mengekalkan amalan penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.


          AKTIVITI JAWATANKUASA BUDAYA KORPORAT
          Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti yang telah dirancang sepanjang tahun 2022. Aktiviti tersebut
          iaitu:-

          1) Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Jabatan Patologi Tahun 2019 dan 2020 –
            Pada 12 Januari 2022, majlis dihadiri oleh Ketua Jabatan Patologi, Dr. Noraida binti Khalid, Ketua-ketua unit, pakar-
            pakar, anggota Jabatan Patologi dari pelbagai unit dan penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dari unit masing-
            masing (40 orang). Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada anggota yang menunjukkan prestasi
            kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2019 dan 2020. Terdapat dua jenis anugerah yang telah disampaikan pada
            majlis tersebut iaitu Anugerah Pekerja Cemerlang Peringkat Jabatan dan Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat
            unit. Seramai 12 orang penerima anugerah untuk tahun 2019 dan 2020. Selain itu, AJK juga berbesar hati untuk
            memberikan cenderahati kepada Ketua Jabatan Patologi dan semua Ketua Unit atas segala pengorbanan dan jasa
            mereka sepanjang perkhidmatan.


































                                                                                                           357
   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366